Monday, February 2, 2015

Sup Kepala Ikan merah .....very simple

Selalunya kalau saya beli ikan merah saya akan masak kari atau pun masak asam pedas. Kali ni teringin nak masak sup pulak. Lauk yang simple je tapi sedap. Kalu nak diet lauk ni memang bagus.
 
 
Sup kepala ikan merah.
 
 

Kebetulan ada celeri dan daun basil.......bau daun daun ni memang sedap.


Sup ikan merah ni makan dengan nasi panas memang sedap.....selalunya kalau orang sakit lauk ni lah yang dimasak.....tapi sekarang tak kira anytime boleh dimasak sebab simple dan sedap.
 
 
SUP KEPALA IKAN MERAH
Source : Sweetiesaqi
 
Bahan

Kepala ikan merah
4 ulas bawang merah atau sebiji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris
1 1/2 mangkuk air
sup bunjut untuk sup ikan Adabi
sedikit garam dan gula secukup rasa
Celeri atau daun saderi

Cara
Tumis bawang merah , bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
Masukkan air secukupnya. Boleh letak sup bunjut Adabi.
Didihkan dan setelah itu masukkan kepala ikan.
Letak garam dan sedikit saja gula untuk menaikkan rasa.
Biar ikan masak seketika dan bolehlah dihidangkan.
Hiaskan dengan celeri atau dau saderi.












 

2 comments:

  1. teringat kecik2 dulu, mak suka masak sup kepala ikan merah ni..simple tapi berselera makan.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, Fadzillah....simple food tu yang sedap...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...