Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Monday, August 3, 2020

Mee Hoon goreng cili yang simple....

Mee hoon goreng memang my favourite. Kalau makan ni satu hari pun tak pe tak perlu makan nasi. Saya suka pelbagaikan cara menggoreng supaya tak borring rasanya.

This one teringin nak makan mee hoon goreng bercilit tapi tak berapa pedaslah. Pada pengamatan saya kalau nak meehoon ni sedap kena letak lebih sedikit gula. Contoh 2 sudu kecil gula dan 1 sudu kecil garam 



Letak udang banyak memang sedap.



Sebekas for me untuk breakfast di office.


MEE HOON GORENG CILI SIMPLE
Source : Sweetiesaqi_kitchen

Bahan
1 lapis meehoon
1 sudu besar cili yang dikisar
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 pokok sawi 
sedikit taugeh
sedikit kucai
udang sederhana besar 10 ekor
sedikit fish cake dan fish ball
garam dan gula secukup rasa
MAGGI sedap rasa
minyak untuk menggoreng
daun sup , cili padi untuk hiasan

Cara
Bawang merah, bawang putih dan udang kering di blend halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend halus , garing masukkan cili kisar.
Goreng sekejap sampai naik minyak dan masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. 
Masukkan sedikit air. Letakkan garam , gula dan secukup rasa ikut citarasa memasing ya.
Masukkan fish cake dan fish ball. Letakkan udang. Kacau rata.
Masukkan sayur sawi dan goreng rata sekejap terus masukkan meehoon.
Goreng sampai lembut mee hoon. Last sekali masukkan taugeh. Kaup balik sekejap je dan boleh tutup api. Keluarkan dan hias dengan daun sup dan hirisan cili hidup .




Wednesday, January 18, 2017

Mee Goreng Daging...my favourite

Pepagi buta masak mee goreng.....one of my favourite makanan. I can eat a lot....he...he...Memang menggemukkan mee ni....high kabohidrat + bila menggoreng tu memang banyak minyak digunakan....


One pack bawak bekal ke office...



Buat mee goreng ni letak banyak daging memang sedap....nyum..nyum....

Wednesday, September 28, 2016

Fettucinee goreng simple je...

Anak anak saya memang menggemari spaghetti, fettucinee dan seangkatan dengannya. Biasanya say guna sos prego carbonara dalam tin tu je. Kali ni saya goreng fettucinee ni...sedap jugak tapi saya lebih sukakan mee kuning.....



Macam macam yang boleh kita letak ....brokoli + cherry tomato + cendawan shitake + udang..Fettucinee ni seeloknya digoreng menggunakan minyak zaitun. Tak lah takut sangat nak makan berminyak...



Saya letak chilli flake dan lada hitam crush yang dalam botol tu...Selalunya saya akan rebus fettucinee tu malam dan saya sejukkan daulu baru masuk dalam Tupperware dan simpan dalam fridge. Esok pagi baru saya goreng...kalau nak buat waktu pagi takut tak sempat...



Saya suka goreng basah basah sikit baru sedap kalau kering sangat tak best sebab fettucinee ni very plain tak de rasa...


FETTUCINEE GORENG
Source : Sweetiesaqi_kitchen via IG


Bahan
1/2 packet fettucinee yang di rebus dahulu
sebiji bawang besar Holland didadu
3 biji bawang putih didadu
1 sudu kecil chilli flakes - lebih pun boleh
crush lada hitam yang dalam botol
minyak zaitun untuk menggoreng
sedikit cendawan shitake
brokoli
cherry tomato
sedikit udang
garam gula MAGGI sedap rasa secukupnya


Cara
- Panaskan minyak dan tumis bawang Holland dan bawang putih.
- Goreng sampai garing sedikit . Lepas tu masukkan chilli flakes dan lada hitam, letak garam dan gula serta MAGGI sedap rasa. Masukkan udang dan jangan masak terlalu lama nanti udang tu keras. Masukkan cendawan shitake, brokoli dan last sekali tomato cherry.
-Boleh tambahkan sedikit saja air jika suka.
-Last sekali masukkan fettucinee. Goreng rata
-Siap boleh hidangkan.





Wednesday, June 15, 2016

Udon Mee tumis air je.....senang sangat..

Udon mee ni sebenarnya sejenis makanan orang Jepun. Yang paling suka mee ni ialah my hub so yang lain pun kena ikut makanlah...


Biasanya saya but kuah tumis air je...




Mee udon yang boleh didapati di JUSCO. Tak mahal harganya. Dalam satu pack ni ada 4 bungkus. Biasanya saya masak 2 bungkus je dah cukup untuk 4 ornag makan sebab kami bukan pemakan orangnya...he..he....



Sekali pandang macam laksa kan...Saya suka rebus sekejap bagi buang rasa masam dan lembutkan mee udon ni sedikit.




Saya suka letak udang.....nanti air tu akan bau udang lah...jangan masak udang terlalu lama nanti udang akan jadi keras dan tak sedap untuk dimakan...




Boleh masukkan macam macam dalm tumis air udon ni....boleh letak cendawan shitake, fish cake  dan sayur.



TUMIS AIR MEE UDON
Source : Sweetiesaqi_kitchen , follow IG #sweetiesaqi_kitchen


Bahan
2 packet mee udon - rebus sekejap saja.
udang sederhana besar 10 ekor
1 sudu kecil bawang putih yang telah dikisar bersama sedikit udang kering
air 2 mangkuk
sedikit lada suluh dan serbuk lada hitam
garam , gula dan sedikit MAGGI cukup rasa
sayur sawi jepun - celor dulu dalam air panas
cendawan shitake
fish cake

Cara
-Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
-Masukkan air dan biar mendidih.
-Masukkan fish cake , cendawan shitake, lada sulah, lada hitam, garam, gula dan MAGGI secukup rasa.
-Last sekali masukkan udang. Jangan masak lemak sangat nanti udang akan jadi keras dan tak sedap.
-Bila dan mendidih boleh lah tutup api,
-Dalam pinggan letakkan mee udon, sayur sawi dan boleh siram /curah sup tumis air ke atasnya.
-Makan dengan cili padi potong memang sedap.
-

Monday, May 2, 2016

Mee goreng...simple


Mee goreng sememangnya is my favourite. Bila fikirkan kalori mee goreng ni rasa tak mau makan. Sepinggan je kalori dia dah 600 lebih....menakutkan....


But cannot help it...mesti nak makan jugak.....selalu goreng begini je...selalunya sya suka rebus mee ni dulu sebelum digoreng supaya dia lembut nanti masa goeng dengan cili tak perlulah lama sangat..




Satu Tupperware bawak ke office ....makan sampai Lebam....dari breakfast ke lunch.





MEE GORENG SIMPLE
Source : Sweetiesaqi_kitchen


Bahan
1/2 bungkus mee kuning dari packet 1/2kg
1/2 biji bawang besar}
3biji bawang putih  } ditumbuk/blend
sedikit udang kering}
10 ekor udang
sedikit sotong
sedikit fish ball dan fish kek
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
Sayur sawi, taugeh 
Garam + gula secukupnya dan sedikit sedap rasa
daun bawang untuk hiasan


Cara:
-Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk/blend sehingga garing.
-Masukkan cili dan goreng sehingga garing.
-Masukkan garam + gula secukup rasa. Kalau kering sangat boleh tambah sedikit air.
-Letakkan sos tiram +sos tomato + sos cili + kicap pekat. Goreng lagi.
-Masukkan sotong, udang, fish ball & fish kek.
-Letakkan sayur sawi dan kaup balik sekejap je dan terus masukkan mee , goreng hingga mee lembut sedikit.
-Last sekali baru masukkan taugeh, kaup balik dan terus tutup api supaya taugeh crunchy.
-Selepas tu boleh hias dan hidangkan.


Sunday, December 6, 2015

Mee hailam...nyum...nyumm

Teringin nak makan mee hailam ni.....kalau beli selalau tak dapat rasa yang kita nak....tapi kekadang kalau masak sendiri pun rasa tu boleh lari....
  
 


Kali ni letak sotong dan sebiji telor bersama chicken ball saja...

Makan dengan cili jeruk memang sedap....


Kalau buat ni kena hati hati .....selalunya termasin.....sebab kita letak banyak jenis kicap kan....


MEE HAILAM
Source : Sweetiesaqi_kitchen

Bahan
Mee 1/2 kg digoreng dengan kicap pekat sedikit
Bawang kecil 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
sedikit udang kering
1 sudu kecil cili blend
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil minyak bijan
sotong atau udang
fishkek atau chicken ball
telor 1 biji
1/2 sudu kecil lada sulah
sayur sawi
1 sudu kecil tepung jagung
air secukupnya

Cara
- Panaskan minyak sedikit dan goreng mee , tuangkan kicap pekat. Gaul rata dan boleh angkat.
- Panaskan minyak dan tumis udang kering, bawang merah dan putih yang telah ditumbuk /blend.
- Masukkan cili blend goreng garing, letak sos tiram kicap pekat, sos tomato , sos cili dan minyak bijan. Masukkan air secukupnya. Letakkan sotong/udang, fishkek/chichken ball. Didihkan dan boleh letak sayur sawi.  Tambah garam , gula secukup rasa dan lada sulah.
- Last sekali pecah kan telor dengan api yang kecil ...dah agak agal telor keras sedikit boleh masukkan sesudu tepung jagung yang dah dicampur air. Tengoklah kalau cair tambah lagi tepung jagung tapi jangan banyak sangat nanti kuah tu terlalu pekat.
- Letak mee yang dah digoreng tadi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah tadi panas panas.
- Hidangkan bersama cili jerok atau cilipadi yang dihiris.

Monday, November 16, 2015

Wantan Mee Kicap.....sedapnya

Wantan mee ni memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau buat ni memang tak cukup. Berebut rebut nak makan.

 
A simple dish. Aroma wantan mee tu yang memang sedap membangkit selera kita.



Letak sup jangan banyak sangat nanti jadi mee sup pulak....agak agaklah berkuah sikit. Tabur bawang goreng lebih sikit memang best.....tapi bawang goreng tu mesti yang kita buat sendiri ya baru aromanya sedap....bau bawang goreng fresh.....cendawan tu saya guna yang kering dan rendahm dalam air panas bagi dia kembang baru dihiris dan dicelur....
 

Wantan mee yang dikacau kacau ready to eat......sedapnya. Boleh makan dengan hirisan cili padi atau cili jeruk...
 
 
 

WANTAN MEE KICAP
Source: Sweetiesaqi_kitchen
 
Bahan
2 keping mee wantan direbus , lalukan dengan air sejuk dan toskan
1 sudu kecil minyak bijan
1 susu besar minyak zaitun
1 sudu besar minyak gorengan bawang - tak letak pun tak apa
2 sudu besar kicap manis ABC
1 sudu besar kicap pekat
1sudu besar fish sos
1 sudu besar MAGGI seasoning
1/2 sudu kecil lada sulah (tak letak pun tak pa)
sayur sawi pendek direbus dan toskan
Cara
- letak semua bahan (kecuali sayur) dalam mangkuk dan kacau sebati. Masukkan wantan mee dan gaul rata sebati.
Sup
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil udang kering
2 mangkuk kecil air
fish ball/kek
cendawan shitake
Cara
-Tumis bahan yang dikisar /tumbuk(bawang putih + merah+udang kering).
-Masukkan air, medidih letak fish ball dan cendawan shitake.
-Letakkan garam, gula , secukup rasa.
Cara Hidangkan
-Letak mee wantan yang telah digaul sebati di atas pinggan. Susun sayur sawi diatasnya. Ambil cendawan dan fishball dari sup susun atas mee tadi.
-Letak daun bawang + cili padi.
-Tuangkan sup tadi tapi jangan banyak sangat.
-Last sekali taburkan bawang goreng yang dibuat sendiri.

Monday, April 20, 2015

Mee Hailam yang simple je....

Nama je mee tak kira mee kuning ke , mee hoon ke kueh teow ke ....semuanya my favourite. But I think mee kuning yang paling I suka....

Kali ni teringin nak makan mee hailam pulak...
 


Mee hailam ni simple je tak susah. Ada 2 cara tuk buat mee hailam ni....ada yang suka masak sikit sikit dulu dan cara saya ialah buat kuah dia banyak lepas tu tinggal tuang je atas mee tu..


Cuma mee kuning ni kalau dimasak jangan letak banyak garam sebab mee ni cepat serap garam.....mee kuning tu goreng dulu dengan minyak panas dalam non stick pan sambil disiram kicap pekat untuk memberi warna. Kicap pekat tiada rasa ya setakat memberi warna saja...
 

MEE HAILAM
Source : Sweetiesaqi kitchen

Bahan
1/2 kg mee kuning - digoreng dengan minyak panas dalam non stick pan dan disiram kicap pekat.
4 sudu besar bawang besar yang telah diblend
4 biji bawang putih yang ditumbuk atau cincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil secukup rasa atau 1 kiub ayam MAGGI
fishball - ikut suka banyaknya
udang - ikut suka banyaknya but this I tak letak
taugeh dan sawi
air secukupnya - harus banyak sebab nak berkuah. Saya guna 2 mangkuk sederhana besar.
sedikit tepung jagung
2 biji telor di pukul sedikit saja

Cara

- Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar yang telah diblend dan bawang putih. Tumis hingga naik bau. Letakkan sos tiram
- Masukkan fishball. Letak air secukupnya. Biarkan mendidih masukkan sayur sawi, udang , garam, gula secukup rasa dan 1 kiub ayam MAGGI.
- Didihkan seketika saja , masukkan telor dan kecil kan api......akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah di campur sedikit air.
- Letak mee yang telah digoreng dengan minyak tadi ke dalam pinggan, taburkan taugeh yang telah dibuang ekor dan siramkan kuah ke atasnya.
-Mesti dimakan panas panas baru sedap.




Sunday, September 28, 2014

Mee hoon Goreng putih yang simple...

Apa jenis mee...baik mee hoon, mee kuning atau kueh tiow memang my favourite. Saya boleh makan dengan banyak kalau semua ni dibuat.....fuhh...kalori jangan cakaplah kalau sepinggan yang digoreng can reach 600 kalori.....adoi....tapi kalau dibuat mee hoon sup sikit je lah kalorinya...


Mee Hoon goreng putih....as usual tak pedas so the kids boleh makan...Saya ni peminat taugeh ....kalau goreng mee tak de taugeh memang tak sah macam ada yang tak kena .......tak letak sebab dah banyk sayur kobis dan carrot.



In the wok.....fish ball + kubis + carrot ...the more the merrier...

Dapatlah semangkuk besar...biasaya sebungkus mee hoon saya boleh goreng 4 kali.


Simply awesaome.....nak sedap dan wangi letaklah udang kering....pembuka selera..



MEE HOON GORENG PUTIH
Source : Sweetiesaqi

Bahan

1 lapisan mee hoon
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar yang size kecil
1 sudu udang kering yang telah ditumbuk
1 sudu besar sos tiram
fried fish ball
sedikit air
garam gula secukup rasa
kubis, carrot
cili padi dan cili merah untuk hiasan
daun bawang

Cara
- Tumiskan bawang puitih dan bawang besar yang telah ditumbuk/blend bersama dengan udang kering yang telah ditumbuk.
- Letak sos tiram + garam + gula secukup rasa. Tuang sedikit air bagi berkuah sikit je.
- Masukkan fried fish ball. Kacau lagi. Masukkan sayur kubis dan carrot. 
- Lepas tu masukkan mee hoon. Kaup balik rata.
- Nak pedas letaklah cili potong cili padi atau cili merah. 
- Hias dengan daun bawang. Makan panas panas sedap.




Tuesday, April 1, 2014

Laksam.....the first and the last..

Wah laksam.....cam tak percaya je saya yang buat kan.....Tetiba je rasa nak try buat laksam. Semua ni gara gara terlihat laksam yang dibuat oleh Kak Azie dari blog AzieKitchen. Thanks for sharing the method and resepi how to do it. Terus teruja nak mencuba. Laksam ni memang my daughter and me punya favourite.


Hu ...hu ....at last menjadi jugak. Why I say the first and the last to do it sebab remeh terutamanya part nak membuat tepung laksam tu. Kuah nya Ok simple je.


Nilah dia proses yang sangat remeh bagi saya....bayangkan saya buat dari pukul 2 petang dan habis pada pukul 5 petamg.....Fuh...memang sangat penat dan keletihan dah lah dapur saya di waktu petang memanglah panas. Tapi walau apa pun saya bangga sebab berjaya jugak buat laksam ni tapi kejadiannya taklah secantik dan selicin yang jual kat kedai ya.


 

Adoi...abaikan rupanya....tak licin lah...he...he....tapi lepas dipotong/digunting tak nampak dah permukaan yang tak licin tu so its OK.


 

Bahan bahan sampingan........bawang besar + bunga kantan + kacang panjang + limau + daun kesum ...semuanya dihiris halus...



Wah ni lagi satu....sambal ....yang pada mulanya saya sangka tak menjadi tapi rupanya menjadi....he...he....saya guna blender kering tuk buat sambal ni.



 
Memang sedap laksam ni ......kuah pekat sebab ikan banyak......keesokan hari siap bawak bekal ke office lagi....Tulah untungnya kalau buat sendiri....muai hasilnya....Kalau beli kat kedai, satu bungkus dah RM3.50.


LAKSAM
Source : AzieKitchen

Bahan
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam ( 3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa )
1/2 sudu kecil garam

Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.
Gunakan kukusan. Letakkan tudun periuk pada kukusan. Sapukan minyak dan tuang adunan tadi tutup kukusan dan biar masak dalam 5 ke 10 minit. Lepas tu boleh digulung. Sila lihat photo di bawah.



Kuah
1 kg ikan - rebus, ambil isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air untuk tambahan - tengok samada pekat atau cair

Bahan Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika terlebih pekat  boleh masukkan sedikit air panas.

Ulam ulaman
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga Kantan
Kubis

Sambal
Cilipadi - saya guna cili hidup
Cuka
Garam
Gula

Kisar semua bahan di atas. Saya guna blender kering saja.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...