Monday, May 2, 2016

Mee goreng...simple


Mee goreng sememangnya is my favourite. Bila fikirkan kalori mee goreng ni rasa tak mau makan. Sepinggan je kalori dia dah 600 lebih....menakutkan....


But cannot help it...mesti nak makan jugak.....selalu goreng begini je...selalunya sya suka rebus mee ni dulu sebelum digoreng supaya dia lembut nanti masa goeng dengan cili tak perlulah lama sangat..




Satu Tupperware bawak ke office ....makan sampai Lebam....dari breakfast ke lunch.





MEE GORENG SIMPLE
Source : Sweetiesaqi_kitchen


Bahan
1/2 bungkus mee kuning dari packet 1/2kg
1/2 biji bawang besar}
3biji bawang putih  } ditumbuk/blend
sedikit udang kering}
10 ekor udang
sedikit sotong
sedikit fish ball dan fish kek
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
Sayur sawi, taugeh 
Garam + gula secukupnya dan sedikit sedap rasa
daun bawang untuk hiasan


Cara:
-Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk/blend sehingga garing.
-Masukkan cili dan goreng sehingga garing.
-Masukkan garam + gula secukup rasa. Kalau kering sangat boleh tambah sedikit air.
-Letakkan sos tiram +sos tomato + sos cili + kicap pekat. Goreng lagi.
-Masukkan sotong, udang, fish ball & fish kek.
-Letakkan sayur sawi dan kaup balik sekejap je dan terus masukkan mee , goreng hingga mee lembut sedikit.
-Last sekali baru masukkan taugeh, kaup balik dan terus tutup api supaya taugeh crunchy.
-Selepas tu boleh hias dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...