Sunday, October 30, 2016

Puding batik...nyum...nyum...

Saya sangat jarang membuat puding....tak tahu kenapa.....mungkin prosesnya leceh sedikit. Puding ni dibuat atas permintan Mr Hub....Digagahkan juga membuat pudding ni....

Actually buat pudding ni taklah sesusah mana pun....sekejap je dah siap.


Puding saya ni tak berapa nak berupa batik sebab adunan koko saya tu cair sikit....kurang koko rasanya...actually saya tambah milo+nescaffee + koko + coklat emulco ....banyak tu tapi masih tak gelap gelap warnanya...


Masukkan pudding ni dalam fridge memang nyaman sedap dimakan....sejuk je rasanya...




Saya boleh makan banyak puding ni....sedap betul...ngap...ngap tak perasan dah tinggal separuh...




PUDING BATIK
Source : Azie Kitchen

Bahan

20 - 25 g agar agar
4 mug air = 1 sukatan 1 mug = 350 ml
1 1/2 cawan gula - kurangkan jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung kastard
2 biji telor
1/4 cawan sebuk koko

Cara
Masak agar agar dengan air sehingga hancur. Setelah betul hancur baru dimasukkan gula. Masak sehingga gula hancur.
Blend semua bahan lain kecuali serbuk koko.
Masukkan semua bahan yang telah diblend ke dalam periuk agar agar tadi. Sila kacau sebentar bagi sebati dan  pekat.
Bahagikan adunan kepada 2, satu bahagian dicampurkan koko. Kacau rata.
Ambil Loyang dan masukkan satu senduk adunan yang plain diselangselikan dengan adunan koko tadi. Buat sehingga habis. Biarkan sejuk sebentar dan boleh masukkan ke dalam fridge bahagian bawah. Biar agar agar ni mengeras, selepas itu baru boleh di potong.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...