Monday, October 3, 2016

My sweet mini pink roses....

Susah betul nak jaga cik mini roses yang satu ni....macam macam baja dah bagi tapi liat betul nak berbunga....So saya decide nak bagi dia makan cukup cukup dan spray dengan ros care setiap hari....kiranya dia ni dilayan macam puteri raja lah...

Hasilnya bergugus keluar mini roses ni tapi dah comot sikit baru sempat nak snap photo...


Tak berapa cantik juga kejadian ci cilik ni...


Warnanya adalah pink ...kena bagi makan tahi kambing lebih sikit supaya warna dia lebih menarik...


Seronok tengok bila semua putik kembang serentak..


Kalau saya dah snap photo memang tak boleh berhenti...semua angle nak shoot....


So lepas ni kena trim buang semua yang dah berbunga ni supaya tunas baru boleh keluar...lepas tu spray lagi ros care + susu segar (atau apa apa susu pun boleh) + air batu......boleh beli ros care dengan rohani bee kat FB , sila klik SINI untuk posting makanan roses dan supplemen... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...