Showing posts with label Sayuran/Vegetables. Show all posts
Showing posts with label Sayuran/Vegetables. Show all posts

Wednesday, December 26, 2018

Cik mengkudu

Pokok mengkudu ni mak saya yang tanam kat kampong. Besar pokoknya.


Geram tendok buah yang segar tu.


Cantik bunganya.


Buah mengkudu yang dah masak.....


Mangga, terong pipit dan mengkudu. Buah mengkudu ni kalau letak dalam plastic lama sikit nanti akan mengeluarkan satu bau yang kurang enak.... saya memang tak suka bau ni...


Rajin sikit so saya rebus mengkudu tu dengan apple...


Sunday, March 17, 2013

Pokok Tenggek Burung

Daun tenggek burung ni merupakan ulam yang saya suka. Rasanya sedikit pedar, kelat gitu. Dapat pokok ni dari mak saya di kampung. Asalnya rendah je ....hah...sekarang meninggi....

Bahagian yang dimakan ialah pucuknya yang muda tu.



Kan tinggi pokok ni. Sepatutnya saya potong pendek taklah susah nak petik. Sekarang saya dah potong/prune pokok ni supaya rendah sikit. Lepas tu banyak pucuk muda yang keluar.


Masa pokok ni berbunga dengan lebat adalah sekor 2 rama rama yang hinggap kat sini.


Banyak bungakan sampai cik serangga ni banyak yang hinggap. Tak tau nama apa serangga ni.


Suka tengok rama rama ni bertenggek.


Sedap dia menghisap madunya. Satu ketika memang sangat banyak serangga ni menghisap madu sehinggakan saya terpaksa memotong dahan tenggek burung ni. Takut saya melihatnya terlalu banyak.


Apalah yang dibuat tu, tertonggek dia...

Tuesday, November 20, 2012

Terong dan cipi padi mak saya....

Seronok tengok suburnya pokok terung dan cili mak saya kat kampung. Ada 5 pokok terong panjang semuanya. Segar bugar pokok terong ni. Puaslah makan dan bagi kat jiran-jiran.





Sihat terong ni.


Banyak betul buahnya.


Hasil tuaian. Muaikan , banyak tu. Buat terong bercili sedap ni.


Ni pulak pokok cili padi mak saya. Pokok sebatang tapi banyak betul cilinya.


Hijau dan merah cili padi. Pedas. Kerat dahan nanti akan tumbuh lagi dahan baru.


Pokok cili yang sebatang je ni tapi puas makan.

Tuesday, October 16, 2012

Daun Kadok.........hijaun berkilat


Pokok daun kaduk ni saya tanam menggunakan anak pokok. Memang sangat senang nak tanam. Pokok ni beasal dari spesis Piperaceace, yang juga boleh dikatakan adik beradik dengan daun sireh. Pokok ni menjalar di atas tanah tidak seperti daun sireh yang memanjat ke atas. Daun kadok ni banyak khasiatnya. Antaranya ialah melawaskan kencing, minum air rebusan daun kadok boleh melegakan batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal - sengal tulang.


Beza dengan sireh, daun kadok ada bunga/ buah (tak sure) seperti di atas. Daunya sihat , berkilat dan segar.


Macam buah beri pun ada kan. Daun kaduk ni saya selalu masak lemak sayur ulaman campur tempoyak dan petai. Daun dihiris halus. Kalau nak makan begitu bersama nasi dan sambal belacan pun boleh.


Di restoran Thai, daun kadok dihidangkan sebagai pembuka selera yang dipanggil "Mieng Kham". Udang kering, kacang, cilipadi, bawang dimasukkan ke dalam daun kadok dilipat , dicolek dengan sos dan terus dimakan.


Sekali pandang macam daun sireh kan. Berbentuk heart. Orang Vietnam panggil "La Lot".


Pokok daun kadok ni memang cepat membesar dan membiak dengan banyak sampai saya terpaksa buang sebahagian darinya. Jika tidak taman saya akan dipenuhi dengan si kadok ni.

Friday, July 20, 2012

My Lady Fingers / Bendeh

Pertama sekali nak ucapkan salam Ramadhan yang pertama. 1st day of puasa, baru pukul 12 noon perut dah rasa lain macam tapi sempat lagi bake lemon blueberries kek. So now nak cerita sikit pasal pokok bendeh. Ni second time, tanam bendeh dan menjadi juga. Nak tanam bendeh ni senang je tak susah, cuma perlu biji bendeh yang telah kering. Ambil bendeh yang fresh tu keringkan sampai betul betul kering warna coklat. Ambil beberapa biji dan letak atas tanah dalam pasu. Jangan siram banyak air. Tunggu nanti akan keluar anak pokoknya.


Bunga bendeh ni memang cantik tapi berbunga sekejap je. Lepas layu akan keluarlah sayur bendeh tu. Love to see the flower.....cantik....


Nilah anak pokok yang keluar dari biji bendeh.


Membesar.




Nampak tu kat atas bendehnya dah keluar juga.



Muda belia bendeh ni. Sedap crunchy tapi ni kecil lagi.


 
Tu dia dah panjang sikit bendehnya barulah boleh dipetik.

Tuesday, July 17, 2012

Bunga Sayur Kangkung

Pasti ramai yang gemar makan sayur kangkung tapi tak pernah lihat bunga sayur kangkung ni. Saya pun baru kali pertama melihatnya. Memamg cantik tapi bunga ni tak tahan lama.


Bunga berbentuk teropong.



Belum kembang lagi.


Daun kangkung yang subur tapi bukan untuk dimakan. Tanam untuk lihat bunganya saja.





Kudup nanti kembanglah bunganya.







Lovely.

Thursday, July 12, 2012

Sayuran di taman.....

Masa ni memang tengah berminat nak tanam sayuran. Anak pokok dapat dari jiran dan ada yang disemai sendiri. Sebenarnya dah lama dalam draft box cuma tak sempat nak post je.

 
Cili padi kampung.


Daun kunyit. Selalunya nak pakai sikit je. Bila beli selalu tak guna sampai kering. Dah ada pokok senang boleh dapat fresh je.


 
Daun kesum ni memang susah nak hidup. Dia memerlukan banyak air. Kali ni tanam baru menjadi kalau tak asyik mati je.



Ni cili padi sama cam kat atas cuma lain angle je.


Masa ni pokok sayuran semua baru nak membesar.


 
Bila dam membesar cam nilah jadinya kat kebun sekangkang kera saya ni. Meriah gitu kan.

Monday, April 9, 2012

My Lovely Eggplant or Terung

Pokok terung ku tumbuh segar bugar. Seronok tak terkata. Terima Kasih pada Cik Arman kerana telah memberi anak pokok terung. Kalau nak tanam guna anak benih , minta maaflah memang tak menjadi. Ada terung yang berwarna hijau, terung bulat, terung pipit dan terung panjang. Yang saya tanam ni jenis yang panjang. Terung ni memang banyak khasiat. Kaya dengan Vitamin A, B1, B2 & C. Terung ni boleh menurunkan kolesterol & darah tinggi. Ianya sangat berkesan untuk pesakit gout juga.

My lovely eggplant grow healthy. I am so happy to see it. Thanks to Mr Arman for giving me the young eggplant tree to be planted. If i grow it by using seeds it will not come out. There are eggplants in green colour, the round and also the long ones. The type that i am planting is the long one. Eggplant is rich in vitamin A,B1,B2 & C. It can also lower down cholesterol & high blood pressure & also effective for gout patients.

Masih kecil tapi segar.
Still young but healthy. 

Daun yang lebar.
Big leafes.

Bunga terung.
The eggplant flower.

Banyak kudup bunga tapi tak berapa lekat sangat.
A lot of buds but did not stick well.


 
Cantik. Kali pertama melihat bunga terung.
Beautifull, this is the first time i see the eggplant flower.


 
Tu dia dah keluar buahnya.
Yes, its coming out.


 






2 biji yang menjadi.
2 big ones.



Segar dari taman. Yang ni masih muda. Bijinya pun kecil lagi. Tak sabar nak tunggu besar lagi takut busuk.
Fresh from the gardens. The seeds is still small. I just can't wait for it to grow bigger. Scare that it will be spoilt by the insects.


Sambal terong berlada dimakan bersama nasi panas. Memang sedap.
After picking, straight away i cook it to taste the freshness. Eat with hot rice. Yummy.....


Lovely eggplant flower collage.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...