Showing posts with label Flowers. Show all posts
Showing posts with label Flowers. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

Rangoon Creeper........akar dani

Pernah nampak tak pokok bunga ni. Ada dijual di nurseri. Sepasu besar RM28.00. Pokok ni jenis memanjat. Pokok ni sebenarnya bukan saya yang tanam. Setiap hari lalu di selekoh dan mesti nampak pokok ni. Saya rasa pokok ni sangat cantik di mata saya dan melihatkan lilitannya yang sangat tinggi saya sangat teruja untuk snap photonya. Setelah menggoggle barulah tahu nama sebenarnya iaitu Rangoon Creeper atau akar dani.....nama lain Ceguk dan Drunken sailor.



Hi...sorry ya gambar ni tak boleh di centerkan. Bunganya memang cantik. Sesuai ditanam di pergola. Bunga berbau wangi tertuama pada waktu malam. Boleh ditanam melalui keratan batang.


Kudup berwarna hijau sebelum berkembang.


Cantikkan dia melilit kat batang tu.


Macam kudup bunga melor pun ada kan.


Hah! Tu dia, sebenarnya pokok ni melilit, memanjat kat tiang TNB.

Lihat betapa tinggi pokok ni melilit, memanjat kan.

Thursday, April 11, 2013

Yellow Lantana Camara

Lantana camara atau dikenali sebagi bunga tahi ayam. Baunya memanglah tak berapa wangi. Tapi yang menarik hati adalah warnanya. Bentuknya macam payung dan bergugus.


Kuning terang bercampur kuning cair.


Tanam kat tanah saja. Senang hidup dan pokok tahan lama.


Tak tahu kenapa saya memang sangat menyukai bunga ni mungkin kerana warna warninya yang cantik.
Idaman saya pokok lantana camara yang digabungkan beberapa warna pada satu pokok induk.

 
Daun hijau yang segar. Kudup kudup yang mula nak mengeluarkan bunga.


Lovely Lantana Camara collage

Monday, December 17, 2012

Pink Zinnia......semaianku menjadi....

Pink Zinnia ni pertama kali berbunga selepas ditanam melalui cara semaian. Selalunya kalau saya semai biji benih memang susah nak tumbuh tapi kali ni tak sangka menjadi pulak.


Asalanya pokok induk memang lapismya banyak. Yang ni lapis tak berapa tebal mungkin kurang supplement agaknya. Warna pinknya tetap cantik.


Ambil bunga Zinnia yang telah kering di pokok, petik dan ramaskan  nanti akan nampak biji berwarna hitam, taburkan dalam pasu yang berisi tanah lembut.


Nanti akan tumbuh anak pokok. Masa ni jangan siram banyak air.


Anak pokok semakin meninggi.



Dah tegap pun Zinnia ni.




Very sweet pink colour.


Dari mula sehingga membesar dan berbunga.




Sweet pink Zinnia collage.

Thursday, December 13, 2012

Alamanda wangi...

Memang betul, bunga alamanda ni memang sangat sangat wangi. Saya beli 1 polibag dengan harga RM10.00.

Bunga warna putih pinkish.








Tanam kat atas tanah sebab pokok ni boleh membesar lagi.

Thursday, November 1, 2012

Orange Zinnia SPP

Salam di bulan Nov'12. Lagi sebulan saja kita akan berada dalam tahun 2012 dah tu 2013 pulak. Sungguh cepat masa ni berjalan. Pejam celik dah hujung tahun. So azam- azam yang dibut pada awal tahun 2012 tu dah tertunai ke belum.

Orange Zinnia SPP ni macam biasalah saya beli kat TESCO Sri Alam. Harga sepasu dalam RM8.00 je. Saya ada juga warna pink terang yang banyak lapis. Boleh click di sini untuk lihat pink zinnia http://sweetiesaqi.blogspot.com/2012/09/my-zinnia-spp.html


Yang ni tak berapa banyak layer dan bunga kecil sedikit. Saya tanam di atas tanah je.


Bila semua berbunga memang cantik.


Tanam di atas tanah je. Senang membesar. Memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk tumbesaran. 


Photo ni semua diambil dengan LUMIX sebab tu warna agak gelap but i love the photo because it is so real.


Pokok ni boleh ditanan melalui benih yang dikeringkan daripada bunganya. Dalam entri yang akan datang saya akan postkan macamana saya tanam menggunakan benih. Bisanya kalau saya tanam dari benih memang susah nak hidup tapi kali ni menjadi pulak.


Lovely Zinnia collage. This if via NIKON camera.

Monday, October 22, 2012

Lavender........sweet purple.....

Lavender purple ni dah lama saya beli tapi baru sekarang nak masukkan entri. Suka tengok warna purple pada bunganya . Pokok ni kalau ditanam berderet banyak memang cantik. Lavender ni katanya baik untuk terapi minda tetapi saya memang tidak menyukai barangan yang dibuat daripada lavender,  tak tahu kenapa hidung ni memang tak boleh terima bau lavender. Bunga lavender ni sebenar-benarnya memang tidak ada bau.

This lavender tree i bought it quite some time but only now have the chance to put the entry. Love to see the purple colour. We have to plant a few trees of this lavender than it will give a nice impact. Lavender is well known for its aroma but i dont like the smell of the products porduce from lavender. My nose just cant take it , the smell. Actually this lavender flower doesnt have any smell at all.


Sepasu RM8.00 je.
One pot is only RM8.00.


Dari pandangan dekat.
Nearer look.


Cantik.
Beautifull.


Buds lavender yang belum berkembang lagi.
Lavender buds that si going to bloom.


Dari dekat nampak macam bunga orkid kan.
Looks like orchids.



Tanam kat tanah je.
Planted in the soil.

Selautan lavender. Tempat ni ialah di UK Agro Farm Resort, Kluang, Johor. Di sini terdapat banyak ternakan kambing. Boleh lihat di http://sweetiesaqi.blogspot.com/2012/08/uk-agro-resort-farm-kluang.html
See a lot of Lavender being planted here. This is at UK UK Agro Farm Resort, Kluang, Johor. Here you can find a lot of goats.

Wednesday, September 12, 2012

My Zinnia SPP

Bunga Zinnia SPP ni adalah salah satu bunga yang popular di dunia. Sangat senang untuk menjaganya sebab tu kita boleh lihat banyak pokok ni dijadikan sebahagian dari landskap taman. Terdapat berbagai jenis warna seperti merah, kuning,oren dan lain -lain lagi. Ada yang selapis dan ada yang banyak lapis. Bunga ini ialah dari keluarga Asteraceae yang berasal dari belukar dan padan rumput kering di kawasan yang menjangkau dari Barat Daya Amerika hingga ke Amerika Selatan yang meliputi Mexico. Nama asal Zinnia SPP adalah sempena nama Johann Gottfried Zinn(1727-1759) seorang ahli botani Jerman. Sumber dipetik dari Majalah Laman Edisi37, Mac/Apr'12.

Zinnia SPP sangat memerlukan cahaya matahari untuk mengekalkan warna dan pertumbuhan pokoknya.
Kebiasannya Zinnia ni ditanam dari biji benih, tapi saya memang tak pandai guna biji benih. Yang ni saya beli ready made kat TESCO, Sri Alam dengan harga RM8.00. Terpikat dengan warna shocking pink dan lapisan yang tebal. Zinnia boleh hidup subur pada tanah yang berasid dan beralkali sederhana sahaja.


Buds dan baru mula nak berkembang sedikit.


Pepijat dan lain serangga sangat suka kepada Zinnia SPP ni. Selepas serangga ni hinggap , Zinnia akan cepat mendapat penyakit seperti powdery mildew terutamanya kalau musim hujan. Langkah pencegahan mesti tanam di kawasan yang banyak cahaya matahari dan sembur dengan racun anti kulat.


Kebetulan pokok ni memang berbunga dengan banyaknya.




Terus tanam di atas tanah. Bila bunga kering dan jatuh ke tanah boleh mengeluarkan anak pokok.


Warna shocking pink ni hasil dari camera Nikon cool pix.
Yang ni , bunga yang sama seperti di atas tapi menggunakan camera Lumix agak dull/kusam sikit warnanya tapi lapis - lapisnya kelihatan dengan jelas.


Lovely Zinnia SPP.

Thursday, July 19, 2012

Red Crown of Thorns or Bunga Mahkota.......again

It has been quite sometime, i did not update about my wonderfull Crown of Thorns, this time the small version. It has a few colours. This tree very easy to plant. Just cut the stem and put it in the soil. Does not need a lot of water to grow. In fact it is just like the cactus.


The red colour is really striking.


It has alot of flowers. The best part is the flower can last very long.


The shoot is in green colours.


Nice greeny shoots.


When all blooms is so beautifull.


There is some peach colours. Planted them together in one small pot.





Lovely , nice striking colours.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...