Showing posts with label Cup Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cup Cakes. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

Banana Muffins yang simple....

 This is what happen when I have extra bananas.......buat muffin banana lah apa lagi. Pisang yang digunakan ialah pisang abu yang saya beli di Pasar Melaka.....sekilo RM5.00. 
 
My muffin tak berapa naik di atas sebab saya letak sedikit adunan dalam cup cake sebab takut terkeluar....lagi satu saya letak sedikit je bakingsoda sebab saya kurang suka baunya kalau terlebih letak.
 

Kali ni gunakan coklat premium yang mahal ni....Hersheys milk chocolate.....memang sedap sebab rasa macam makan chocolate...
 

Nasib tak membuak sangat...just nice paras cup cake...


Banyak jugak dapat muffins ni...


Resepi kali ni saya guna adik danish.harraz punya. Yang bestnya adik ni baru 9 tahun sama umur dengan anak untie lah. Boleh lihat resepinya di IG beliau. Thank you for sharing the resepi. Semoga ilmu yang dikongsi ni mendapat manafaat kepada semua yang mencuba. Disini untie kongsikan sekali lagi ya
 

Bila dibelah...lihatlah dalamnya....awesome with the melted hersheys......nyum...
 
 

Tak cukup satu lah.....
 
CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFINS
Source : danish.harraz follow his IG
 
Bahan
4 biji pisang ranum saiz besar dilecek
1/3 cawan butter - cairkan
1 biji telor
3/4 cawan gula pasir - boleh kurangkan sedikit
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus
secubit 2 cinnamon powder
1/2 - 3/4 cawan semi sweet mini choc chip
 
Cara
Pansakan oven pada suhu 170 darjah . Ikut oven masing masing ya, saya punya 150 je.
Alas muffin tray dengan cupcake.
Ayak bahan kering dalam 1 bekas.
Dalam bekas pisang yang dah dilecek masukkan gula, telor, butter yang dicairkan dan gaul semuanya sebati.
Masukkan bahan kering dan dikaup balik sehingga rata dan jangan overmixed.
Scoop adunan ke dalam paper cup, 2/3 sahaja.
Bakar selama 15 - 20 minit atau bahagian ataas agak keperangan dan permukaan muffin agak spring bila ditekan dengan jari.
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, October 28, 2015

Pandan Cup Cakes....

Setelah buat kek pandan, kali ni saya buat cup cakes pulak. Masih menggunakan resepi yang sama cuma berlainan acuan je.


Swis meringue buttercream tu memang sangat sedap...jilat pun tak muak....tapi setiap kali nak buat ada sedikit phobia...he...he...kenapa .....sebab takut tak jadi...


Ni masa first batch buat, warna hijaunya cantik not to strong... 


 2nd batch terletak lebih colouring tu yang too green jadinya.
  


These pandan cup cakes is bake for raya gathering 2015 at office.


Sepatutnya kena drizzle dengan caramel gula Melaka but malas nak buat...he...he...


Kali ni not so rajin so saya gunakan santan kotak je....senang sebab nak cepat....Resepi boleh klik posting saya sebelum ni di SINI


Wednesday, October 8, 2014

Red Velvet Cup cakes...

Saya memang suka buat red velvet cupcakes walau makan cuma satu atau dua saja. Love to see the red color agaknya....Actually buat ni ...kebetulan jatuh tarik birthday Cik Maria....so dapatlah dia RV cc ni.

Combination of cream cheese with RV cc ni memang sedap...kalau kita guna topping lain tak berapa matching.


Dapat banyak jugaklah cupcakes ni...nak makan pun senangkan...terus ngap je...

Hu..hu...see the color ...merah sangatlah mak ngah.....



3 sekawan....cream cheese tu bestnya...


 
Yes..6 pieces for Maria birthday...


When its open...togel dah dia.....simply the best....memang sedap....for resepi can klik SINI.....resepi yang selalu saya gunakan.

Sunday, June 1, 2014

Blueberries muffin

Blueberres muffin ni dah lama berada dalam draft tapi tak dikeluarkan sebab malas nak taip resepi. Dari bulan Jan'14 dan now is May'14 . Fuh lama kan. Now baru ada rajin sikit nak menaip entry ni.
Biasanya kalau ada fresh blueberries tak tahu apa nak buat so muffin je lah yang paling senang. Tangan saya ni memang selalu gatal nak membeli fresh blueberries kat Jusco ni walau tiada perancangan. End up kadang kadang tak buat apa pun....membazirkan so kali ni cepat cepat buat muffin selamat sikit.


Kalau guna fresh blueberries memang sedap sebab rasa masam masam tu ada.


Nilah the fresh blueberries.....sepaket kecil dalam RM8.00 kadang kadang RM11.00.


Cut into 2 lepas tu masukkan dalam adunan tepung tadi.


Lepas dah masak ....tu lah tekstur dalam muffin.....Muffin saya ni lembut macam cup cake pulak but I like it. Tak berminat pada tekstur yang keras....he...he..


Muffin saya taklah menggunung naiknya. OK ok je...



Sebelum dan selepasa dibakar dalam oven.



Yang ni naik sikit he,..he.....try guna bekas yang tinggi..

The look inside .....sebenarnya tak cukup blueberries tu yang tak meriah warna purple dia.
Muffin ni dimakan waktu breakfast kat office with a cup of tea.


Lovely muffin collage. Thanks to Azie Kitchen for sharing the resepi.



GRANDMOTHER HINCKLEY'S BLUEBERRY MUFFIN
Source : AzieKitchen

Bahan
3 sudu besar butter
2/3 cawan gula kaster
1 biji telor dipukul
1/2 cawan susu
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries
1 sk vanilla extracts

Cara
Pukul mentega bersama gula sebelum dimasukkan telor. Selepas tu masukkan susu.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan garam.
Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dispray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan kertas.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Boleh keluarkan dari oven.
Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula diatasnya. (Saya tak buat yang ni). Sejukkan atas redai.
Satu adunan ni hanya menghasilkan 9 biji muffin saja menggunakan cawan kertas seperti dalam photo pertama di atas.







Wednesday, June 12, 2013

Chocolate cup cake with peanut butter topping

Chocolate cup cake ni lama dah dibuat....entri ni terperap dalam draft tak keluar keluar....kes tak perasan. Kali ni guna resepi dari Barefoot Contessa.


Peanut butter topping ni memang tak boleh tahan tengok. Sedap....yang paling best aromanya.


Lama betul tak buat cup cake ni.


Swirl and swirl....


Nyum...nyum.....


The kids sukalah....but makan sikit juga tak banyak.....Buat dalam small cup cake senang nak makan.


CHOCOLATE CUPCAKES & PEANUT BUTTER TOPPING
Source : Barefoot Contessa

Bahan

12 sudu besar butter (saya guna 250g)
2/3 cawan gula
2/3 cawan brown sugar
2 telor size A pada suhu bilik
2 sudu kecil vanilla
1 cawan buttermilk pada suhu bilik
1/2 cawan sour cream /youghart pada suhu bilik
2 sudu besar air nescaffee
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam - saya tak letak
Cara
-Panaskan oven pada suhu 150 darjah untuk oven saya.
- Pukul butter + gula + brown sugar sehingga kembang dan ringan. Lebih kurang 5 minit.
-Rendahkan speed kepada medium dan masukkan telor seiji demi sebiji dan masukkan vanilla dan pukul bagi rata.
- Dalam mangkuk yang lain, masukkan butter milk + sour cream + coffee.
- Dalam mangkuk lagi satu, ayakkan tepung gandum + koko + baking soda + garam.
- Pada speed yang rendah, masukkan adunan buttermilk berselangseli dengan adunan tepung. Dimulakan dengan buttermilk dan diakhiri dengan tepung. Kaup balik menggunakan spatula.
-Menggunakan ice cream scoop , masukkan adunan ke dalam papercup.
- Bakar selama 20 - 25 minit.

Kathleen's Peanut Butter Icing

1 cawan ising sugar
1 cawan peanut butter
5 sudubesar butter pada suhu bilik
3/4 sudu kecil vanilla
1/4 sudu kecil garam- tak letak
1/3 cawan heavy cream - saya tak letak

-Masukkan ising sugar + peanut butter + butter + vanilla + garam dalam mangkuk mixer.
-Pukul pada kelajuan sederhana sehingga creamy.
-Masukkan cream dan pukul pada high speed sehingga adunan ringan.
-Lepas cupcake sejuk boleh sapukan topping atasnya.







Tuesday, April 23, 2013

Inside-out neopolitan Cup Cake....amboi nama....

Buat chocolate cup cake lagi, gara gara nak habiskan buttermilk. Cari resepi yang senang nak buat dan cepat. Resepi ni ambil dari blog Sweetapolita tapi taklah menjadi cam dia punya.....banyak faktor....first jenis koko yang digunakan....so ni my version lah.....janji sedap dimakan....Kalau baca nama kat atas tu cam tak percaya je kan.....yang jadi ngan saya ni chocolate cup cake lah....


Kes malas nak buat topping so sprinkle ising sugar je.....settle.....


Strawberries one of my favourite.


Nyum...nyum...strawberry tu sedap juga.


With my lavender fresh pick from my garden tapi dah layu sikit sebab petik awal sangat.


Snowy with icing sugar. Cup cake ni ada letak mayonis tapi taklah rasa sangat sebabt sikit je letak.


Hem....moist juga cup cake ni. Kalau dnegar nama cup cake ni amboi...tapi cupcake saya ni tak secantik kek sweetapolita lah.


INSIDE-OUT NEOPOLITAN CUPCAKES

SOURCE : Sweetapolita

Bahan
6 sudu besar (85g) butter
1 cawan (230g) dark brown sugar
1 sudu kecil vanilla
1 biji telor size besar
1 kuning telor
3/4 cawan + 2 sudu kecil (115g) tepung gandum
6 sudu besar (38g) koko
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecil garam - saya tak letak
3/4 cawan buttermilk (180ml)pada suhu bilik
2 sudu besar mayonis (30ml)

Cara
-Panaskan oven ikut temperature oven masing-masing (150 darjah untuk oven butterfly saya).
-Dalam mixer pukul butter + brown sugar + vanilla pada kadar sederhana ke kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi light colour selama 5 minit. Turunkan kelajuan ke sederhana semula dan masukkan telor sebiji demi sebiji.
-Ayakkan tepung + koko + baking soda + baking powder ke dalam mangkuk dan kacau menggunakan whisk. Boleh masukkan garam sikit jika suka.
-Selang selikan adunan tepung dengan buttermilk ke dalam adunan butter tadi, dimulakan dan mesti diakhirkan dengan adunan tepung tadi. Satukan sampai semua habis dan kaup balik.
-Masukkan mayonis dan kacau rata.
-Scoop adunan menggunakan ice cream scoop ke dalam cup cake dan masak selama 20 minit atau sehingga masak.
-Setelah masak sejukkan atas redai dan boleh lah di sprinkle dengan gula ising. Cup cake mesti sejuk dulu ya.













Sunday, January 6, 2013

Black Beauty Chocolate Cup Cake

Asyik terlihat black beauty chocolate kek aje kat kebanyakan blog. So decide nak cuba apa rasanya. Resepi ni paling senang dibuat. Tak payah guna mixer pun, pakai whisk je dah siap.
 
 
Suka buat dalam cup cake sebab bila nak bagi orang senang je.
 

Menggunakan oil base colouring tapi tak berapa berkilatlah.
 

Adunan di bawah boleh dapat banyak cupcake sebab saya guna papercup yang medium size je.
 

My kids suka jenis ni. Boleh makan dengan banyak.
 

Kek ni teksturnya sangat lembut .
 

Salah letak bungalah. Semuanya pink tak naik seri sangat. Should use purple. He...he...he....
 

 
 
 
BLACK BEAUTY CHOCOLATE CUP CAKE
Source: Rahel.blogspot
 
Bahan A
2 cawn tepung gandum (saya guna seperfine flour)
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil baking powder
 
Bahan B
2 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ butter cair
1 cawan air panas suam
1 sudu besar coklat emalco
3 biji telor
 
Cara
- Campur semua bahan B dan kacau sebati dengan whisk.
- Masukkan bahan A ke dalam mangkuk B dan gaul rata.
- Boleh guna loyang 8" atau cupcake.
- Cup cake masak selama 35 minit pada suhu 150 darjah. Ikut oven masing-masing.
 
Topping - saya guna yang ini
130g butter
90g cream cheese
5sudu besar gula aising diayak
1 sudu besar koko ( saya guna pewarna)
1/2 sudu teh esen vanilla
 
Cara
-Putar butter dan cream cheese hingga licin.
-Masukkan esen vanilla.
-Masukkan pewarna dan kacau rata.
-Gula sising utuk hiasan tapi saya tak guna.
 
Topping - boleh juga guna yang ini
1/2 cawan koko
1 cawan gula
2 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu besar butter
 
Cara
-Masukkan semua bahan dan masak atas dapur dengan api kecil dan sentiasa dikacau.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Thursday, November 8, 2012

Blended Pineapple Cup Cake

Intai- intai resepi ni kat blog azlita masam manis, hem....nampak senang je nak buat lagipun ada 1 tin pineapple yang belum dibuka. Tak tahu nak buat apa. Baik saya buat this blended pineapple cup cake.

Topping is fresh cream. Memang sedap dan tak manis.








Cup cake ni memang senang nak dibuat. Masuk semua sekali dalam blender kecuali tepung.





Jom minum petang bersama blended pineapple cup cake sambil menghirup secangkir teh panas.


Texture cup cake ni macam muffin sikit tapi sedap.


 

BLENDED PINEAPPLE CUP CAKE
Source : Azlita masam manis
               original from blended orange kek by Kak Fida

Bahan
6 keping nenas gelang dalam tin
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum - diayak
1 sb baking powder - diayak
1 sudu teh pes nenas

Cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali tepung dan baking powder. Kisar hingga halus
Tuangkan bahan yang di kisar tadi ke dalam bekas tepung dan baking powder yang telah di ayak. Campurkan sedikit-sedikit sambil dikacau sebati
Tuangkan ke dalam mangkuk kertas yang telah di susun dalam loyang muffin
bakar pada suhu 170 C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek masak


Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Saya gunakan topping di bawah je.
Topping
200ml fresh cream dipukul hingga kental. Bolehlah dipaipkan pada cup cake selepas kek sejuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...