Blueberres muffin ni dah lama berada dalam draft tapi tak dikeluarkan sebab malas nak taip resepi. Dari bulan Jan'14 dan now is May'14 . Fuh lama kan. Now baru ada rajin sikit nak menaip entry ni.
Biasanya kalau ada fresh blueberries tak tahu apa nak buat so muffin je lah yang paling senang. Tangan saya ni memang selalu gatal nak membeli fresh blueberries kat Jusco ni walau tiada perancangan. End up kadang kadang tak buat apa pun....membazirkan so kali ni cepat cepat buat muffin selamat sikit.
Kalau guna fresh blueberries memang sedap sebab rasa masam masam tu ada.
Nilah the fresh blueberries.....sepaket kecil dalam RM8.00 kadang kadang RM11.00.
Cut into 2 lepas tu masukkan dalam adunan tepung tadi.
Lepas dah masak ....tu lah tekstur dalam muffin.....Muffin saya ni lembut macam cup cake pulak but I like it. Tak berminat pada tekstur yang keras....he...he..
Muffin saya taklah menggunung naiknya. OK ok je...
Sebelum dan selepasa dibakar dalam oven.
Yang ni naik sikit he,..he.....try guna bekas yang tinggi..
The look inside .....sebenarnya tak cukup blueberries tu yang tak meriah warna purple dia.
Muffin ni dimakan waktu breakfast kat office with a cup of tea.
Muffin ni dimakan waktu breakfast kat office with a cup of tea.
Lovely muffin collage. Thanks to Azie Kitchen for sharing the resepi.
GRANDMOTHER HINCKLEY'S BLUEBERRY MUFFIN
Source : AzieKitchen
Bahan
3 sudu besar butter
2/3 cawan gula kaster
1 biji telor dipukul
1/2 cawan susu
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries
1 sk vanilla extracts
Cara
Pukul mentega bersama gula sebelum dimasukkan telor. Selepas tu masukkan susu.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan garam.
Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dispray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan kertas.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Boleh keluarkan dari oven.
Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula diatasnya. (Saya tak buat yang ni). Sejukkan atas redai.
Satu adunan ni hanya menghasilkan 9 biji muffin saja menggunakan cawan kertas seperti dalam photo pertama di atas.

No comments:
Post a Comment