Tuesday, June 17, 2014

SOF ku yang sakit once upon a time....

My sweet SOF ni saya beli dah lama dari  Lot 57, Chai Suk Fah. Dari kecil dijaga sampai besar dan sempat berbunga. Boleh klik SINI, untuk lihat bunga ketika mekar suatu ketika dulu. SOF ni jenis memanjat atau climber so saya pun letakkan dia di luar pagar di tempat yang agak kurang sinaran matahari. Kononnya nak bagi dia climb tinggi kat luar tu. Buat seketika SOF ni masih nak berbunga, boleh klik SINI untuk lihat ia berbunga di tempat baru. Selepas tu SOF saya ni merajuk tak nak berbunga bunga. Lama juga macam ni.....daun pun tak banyak. Pelik juga saya.


Saya pun bawak masuk pasu SOF ni ke dalam , korek punya korek tengok dah ada fungus ( yang berwarna putih) kat dalam tanah tu.....adoi...patutlah SOF ni merajuk tak nak berbunga rupanya ada penghuni...


 
Dari dekat rupa fungus ni ...warna putih.


Saya terus cabut pokok SOF ni , buangkan tanah di sekeliling akar.


Cuci bersih akar jangan sampai fungus melekat pada akar tu. Masa ni guna high speed air....


Bila dah dicuci , risau jugak tengok batang tu yang dah hitam....takut kena kanker pulak so saya pun tawakkal je.....


Lepas cuci bersih, akar SOF tu saya redamkan dalam ros care yang dicampurkan dengan air. Rendam semalaman.


 
Esoknya toskan akar dari rendaman ros care dan tanam dalam pasu menggunakan tanah baru. 



Lepas direpot ,seminggu lepas tu saya letakkan baja yang secukupnya (tahi kambing + tahi ayam + baja udang). Batang ros SOF ni pun saya sapukan roscare pekat yang tidak dicampur air dengan menggunakan berus gigi. Saya sangat terkejut selepas 20 hari , batangnya mengeluarkan tunas dan daun baru. Nasib saya tak buang pokok ni. I am so speechless...seronok tak terkata.


Ni di bahagian atas yang telah mengeluarkan tunas dan daun dengan banyak sekali.....Nasib saya tak buang pokok ni .....dalam hati cuba je lah mana tau boleh hidup.....dan syukur ia hidup semula dengan sangat segar. Pengajaran paling utama, roses mesti nak kena panas 4 ke 6 jam sehari.


Pokok ros SOF yang sakit ni pernah mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan harum satu ketika dulu....now i am waiting for it to bloom again....dah nampak ada bud baru....can click HERE to see how it blooms before it get sick. 

2 comments:

  1. salam kenal...anne tima kasih kongsi tips ni...saya belajar byk info baru ttg penjagaan ros kat sini...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...