Monday, June 9, 2014

Puding Karamel yang sedap....

Saya sebenarnya kurang memakan puding karamel mungkin sebab bau telornya. Bila lihat resepi di blog AzieKitchen terus saja hati terpaut untuk mencuba. Resepi pun mudah, bahan pun senang dapat. So start to do it.


Puding karamel ni lembut ...perfect combination......sekali imbas macam taufu fah pun ada.

Proses meletakkan air gula. Air gula ni seeloknya di masak malam dan dibiarkan sejuk dan seeloknya  disimpan dalam peti sejuk semalaman. Jangan letak banyak sangat nanti terlalu manis. Buat dalam mangkuk plastik kecil ni senang sikit nak makan. Boleh dapat 20 mangkuk atau lebih depend pada kadar kita tuang adunan susu ke dalamnya.


Selepas letak air gula boleh tuangkan adunan susu . Untuk hilangkan bau hanyir telor, mesti nak buang mata. Saya rasa buang mata ni ada satu lendir kat telor tu tapi ada yang telepas jugak tak sempat nak dibuang.



 
Panaskan kukusan dan letak mangkuk puding di atasnya. Boleh tutup, seeloknya tudung kukusan dibalut dengan kain supaya air tidak menitis jatuh ke mangkuk puding. Jika tidak kena selalu lap peutup pengukus supaya permukaan karamel licin.


Bila sudah siap , inilah hasilnya.....awesome. Dari kurang berminat makan puding karamel saya menjadi addicted to it already.....but the air gula mesti dikurangkan its too sweet....



PUDING KARAMEL
Source : Azie Kitchen

Bahan
1 tin susu pekat manis ( kurangkan jika tak suka )
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telor dibuang mata
esen vanilla
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara

Goreng gula hingga perang. Bila gula sudah bertukar warna barulah masukkan air. Masak sehingga mendidih dan gula hangus menjadi cair semula. Hati hati dengan proses ini.

Tutup api dan biarkan ia sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, boleh masukkan ke dalam bekas kecil plastik.

Telor dibuang mata dan dipukul tapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain dan kacau sehingga sebati.

Tuang ke dalam bekas kecil tadi yang telah diisi dengan air gula hangus.

Dididihkan air pada periuk kukusan, kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Jika penutup tidak dibalut dengan kain , penutup mestilah dilap supaya permukaan karamel menjadi cantik. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...