Apa ya roti titab tu? Cam pelik je bunyinya kan. Sebenarnya saya dapat tahu mengenai rotu titap ni semasa menonton Majalah 3 at TV3 mengenai makanan sarapan pagi di Kopitiam Kita, Jalan Pengkalan Chepa , Kelantan. Kedai ni memang menjual banyak jenis sarapan pagi dan orang pun memang ramai kat situ. Ada macam macam kuih dan nasi yang dijual kat sini. Memang menarik tul kedai ni.
Ni bukan Roti titab di Kopitiam Kita , Kelantan.........ni hasil buatan saya....he....he....nak ke Kelantan kan jauh tu yang buat sendiri. Taklah rasa kempunan nak makan. Tak susah sebenarnya hanya perlukan telor separuh masak, kaya dan roti saja. Simple breakfast.
Mula mula risau juga apalah rasanya kan.....sekali dah masuk mulut tak terkata.....memang sedap....
Toastkan dulu roti tu dan pecahkan telor separuh masak di atas roti tadi. Letak kaya di 4 penjuru roti. Bila makan ambil kaya dan telor serta roti.....makan sekali...hmm....the taste so sedap....for me lah ya....
Apa lagi dimakan dengan secawan kopi.....lagilah terangkat.....cubalah try.....
KEREATIF BETUL ORANG kELANTAN NI YA....
ReplyDeleteYes, sud@is...memang kreatif depa ni....kita pun tak terfikir nak buat gitu....
DeleteWhat a nice cup!
ReplyDeleteThanks Dewberry. I love to collect cups....
Delete