Sebenar benarnya saya ni tak berapa pandai dalam pembuatan kuih muih tradisional tapi sebab rasa keinginan yang sangat tinggi untuk mencuba maka terhasillah kuih talam ni. Resepi ni saya dapat dari FB, kelab Jom masak, tgh rajin....ada seorang sis namanya Ida Osman yang letak photo kuih talam ombrenya yang sangat cantik beserta resepi. Terima kasih share resepi so saya kongsikan di sini pula ya.
Ton warna dah ok .....rasa pun ok.....tapi cam lembik sikit ....bila potong tak mulus gitu. Tak pe yang penting sedap. Terasa santan tu yang sedap sesangat.....kalau beli ada tu rasa macam air je...
Bab pembahagian warna pastel colour ...purple...still learning how to do the colouring.
For first trial kira ok lah ...menjadi jugak....I like the taste.....rasa santan...
Berderet deret gitu......
With a cup of coffee memang awesome.....jemput makan...
KUIH TALAM OMBRE
Source : Ida Osman ( FB Jom masak , tgh rajin ), resepi ibu Zai
Bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1/4 sudu garam
5 cawan santan
pewarna
Cara
Satukan semua bahan kecuali pewarna.
Kacau rata dan tapis.
Bahagikan pada beberapa bahagian dan warnakan dari pudar ke pekat warnanya.
Didihkan air dalam kukusan. Penutup kukusan harus di balut dengan kain supaya air tidak jatuh ke dalam kuih.
Oles loyang dengan sedikit minyak dan panaskan loyang tadi.
Tuangkan warna pekat dan kukus selama 10 minit , ulang dengan warna yang lain selapis demi selapis sehingga habis.
Akhir sekali selepas semua warna telah dilapis, kukus selama 30 minit.
Setelah sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan.

No comments:
Post a Comment