Sunday, June 29, 2014

Salmon grill atau panggang....simple one

Ikan salmon ni memang kegemaran satu keluarga tapi memikirkan harganya yang mahal kira beli sebulan sekali je lah. Ikan salmon ni memang banyak khasiatnya. Ikan ni banyak kat oversea sebab tu sampai tempat kita harganya mahal.
Diantara khasiat yang saya dapat dari health.mylaunchpad mengenai ikan salmon ialah seperti di bawah : 
Omega-3 dan DHA yang terkandung dalam ikan salmon ini dapat membantu masalah mata kering yang kronik. Ia juga boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan anda di usia lanjut.
Vitamin D yang terdapat dalam ikan salmon ini membantu fungsi otak. Risiko untuk mendapat Alzheimer dan Parkinson di usia mendatang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini. Daya ingatan juga dapat di tingkatkan dan risiko kemurungan boleh di kurangkan. 
Sel kulit boleh di lindungi dan kelembapan boleh di kekalkan dengan adanya Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon. Bukan sahaja melindungi, bahkan ia menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat. Asid lemak yang kaya di dalam ikan salmon dapat mengekalkan kekuatan rambut, folikel dan juga membantu menyihatkan rambut anda agar kelihatan bermaya.

Ikan salmon ni senang je nak masak tak payah susah susah sangat. Letak garam dan crush lada hitam dan sedikit sos tiram dah cukup. Gaul rata sebati seluruh ikan.



Lepas tu just grill atas non stick pan.....tak payah letak minyak ....nanti ikan salmon ni akan mengeluarkan minyak dengan sendiri. Biasanya saya akan gril 2 potong je...cukup untuk sekali makan.

Ikan salmon ni biasanya saya makan dengan nasi tapi kalau nak ratah begitu saja pun boleh. Ikan ni kalau makan banyak mual rasanya so sebab tu kena perah lemon sikit. Ikan salmon ni isi sesaja ....


Just love this photo...ikan salmon grill...

IKAN SALMON GRILL/ PANGGANG
Source : Sweetiesaqi

Bahan
2 potong ikan salmon
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sedikit lada hitam crush kasar

Cara
Letak sos tiram + garam + lada hitam dan ratakan keseluruh ikan salmon.
Perap seketika dalam 15 minit. Kalau tak nak perap nak terus masak pun boleh.
Panaskan non stick pan dan letak ikan salmon tadi ke dalamnya. Masak seketika dan boleh balikkan untuk masak bahagian yang satu lagi. Siap boleh lah diangkat.

4 comments:

  1. Salam Kak Anne,

    Dulu saya ada beli seekor ikan salmon. Buat gril jugak. Sedak ni kalau perah lemon tu.. Aish terliur dah!

    Selamat berpuasa Kak Mar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Honey,

      Banyak tu sekor....ada orang buat masak kari .....tapi ikan tu kan isi padat....tu yg cepat mual....

      Selamat berpuasa to Honey too.

      Delete
    2. Salah la... bukan Kak Mar! Kak Anne! Hahaha maaf.. bulan puasa ni blur blur.. mata pun macam melekat pakai gam aje hahahaha

      Delete
    3. Ha...ha...tu lah pasal.. ...maaf diterima.....he...he......mata akak pun sama jugak....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...