Hu...hu....nasi arab lagi. Kalau dah kemaruk nak makan nasi arab tu mesti nak cuba restoran baru kan. Kali ni Restoran Nasi Arab Al Jabali di Jalan Kolam Air , Johor. Tak susah nak cari kedai ni , bersebelahan masjid yang baru dibuat disitu. Masa kami sampai dalam pukul 5 petang hari ahad. Nasib baik ada lagi. Jam 5.30 petang nasi pun dah habis dan mereka tak ulang memasak lagi. So sesapa nak pergi ke restoran ni kena pergi awal lah sebab nasi cepat habis.
First time nampak nasi arab ni warna putih......sekali bila suap wah serius lembut gila nasi arab tu......sedap betul lah....tapi ayam tu ada pelik sikit macam ayam goreng.....tapi tak pelah saya ok je. Highly recommended. Ni nasi arab kedua yang sangat sedap pernah saya makan selepas Restoran Damsyik di Seremban. Boleh klik SINI untuk lihat restoran tersebut.
Kebiasaannya kami akan order teh Arab satu teko , jimat sikit. Ambil yang panas punya.
Hiasan dalaman kedai. Very the orange gitu.
Di hadapan kedai...nampak meriah dengan warna oren ni. Restoran ni ada juga menyediakan khidmat catering.
RESTORAN NASI ARAB AL JABALI
Alamat : No. 21, Jalan Kolam Air 1,
Taman Nong Chik Height,
80100 Johor Bahru
Wah...nampak sedap! Ni yg buat saya rasa nak cari nasi arab...
ReplyDeleteYa, Ismail N, memang sedap dan tersangatlah lembutnya nasi ni....
DeleteSalam Kak Anne,
ReplyDeleteKak Anne buat I craving for nasi arab la... :(
Waalaikumsalam honey, ok time to have nasi arab....he...he...but this one really really soft....after eating......1/2 an hour lepas tu rasa lapar balik pada hal dah makan banyak tu....
DeleteSebab beras pusa tu tak mengenyangkan Kak Anne. Kanji dia kurang. Dulu abang ipar selalu la bagi beras pusa ni tuk makan hari-hari tapi I tak puas makan. Nak beras biasa jugak sedap hahahaha
DeleteFirst time dengar beras pusa....patutlah tak kenyang....he..he...
Delete