Selalu pergi makan kat Kedai Makan Rahamd ni kat Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang tapi tak terfikir nak masukkan entry kedai ni. So masa new year hari tu, Lady Boss belanja lunch kat sini so apa lagi proses snapping bermulalah. Kedai ni memang famous waktu tengahari sebab menyediakan hidangan ikan dan udang yang digoreng dengan sangat cepat. Fast to cook good to eat.....he....he....ya ke....Sebab tu kedai ni waktu tengahari kalau nak pergi beramai mesti nak call and reserve dulu.....Selalunya pergi kedai ni bila ada yang belanja.....he....he...
Papantanda.......hari Jumaat tutup ya.
Nilah specialty kat sini....Ikan Siakap yang digoreng deep fry begitu saja bersama kulitnya sekali so isi dia memang sangat lembut. Ikan Siakap ni memang digoreng je ya......tak de yang 3 rasa ke 4 rasa ke. Kalau tak salarh harganya dalam RM28.00 seekor.
Udang goreng biasa je ni sepinggan dalam RM20.00 ( seingat saya lah ). Menu kedua yang menjadi pilihan.
Sambal belacan + kuah kari / asam + kicap diberi sekali. Tak payah order...kiranya in the package lah.
Lauk pauk lain yang dijual.
Ni kira favourite we all.......mesti order kacang goreng sambal + tempe goreng sambal + kentang goreng sambal + acar timun........samabl manis dan sedap.
Penuh meja kan....Ikan mesti order 2 ekor , udang sepinggan yang lain tu buat tambahan je...he.....he.....
As usual my plate.......lauk kat sini biasa biasa je.......but the siakap fish memang lembut.
Dalam kedai.....kat tepi laut sebenarnya kedai ni....mengadap Pulau Ubin , Singapore....dekat je....berenang pun sampai...
Pemandanngan tepi kedai makan.
Members of the day....Finance team.....Tq to Lady Boss, Chiang Wan Ching (baju belang belang).
No comments:
Post a Comment