Tuesday, April 8, 2014

Masak Lemak Daging

 Lama betul tak masak lemak daging. Sememangnya dish ni memang my favourite. Kan dah terliur ni.... Apa apa pun kalau dimasak lemak cili api memang menjadi kesukaan saya. Bila ingat bab diet kena lupakan lah sekejap ya.....The kalori is so high ....oh my...


Masak dengan santan yang pekat....pergh......memang sodap... 
  

Nak kena masak lagi ni.......tak boleh tahan...habislah diet ku...


MASAK LEMAK DAGING
Source : Sweetiesaqi

Bahan
semangkuk daging dipotong kecil (direbus terlebih dahulu)
10 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai diketuk sedikit
1/2 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
gula dan garam secukupnya
3 helai daun limau purut
Cara
-Tumbuk cilipadi & kunyit hidup lumat.
-Masukkan bahan yang ditumbuk tadi besama serai dalam periuk.
-Letakkan santan cair diikuti dengan santan pekat.
-Didihkan dengan cara menimbuk. Erti kata lain, selalu kacau kuah tadi jangan sampai naik minyak atau santan tersebut pecah.
-Masukkan daging dan biar mendidih sebentar, garam dan gula secukup rasa.
-Last sekali baru masukkan daun limau purut.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...