Tuesday, April 1, 2014

Laksam.....the first and the last..

Wah laksam.....cam tak percaya je saya yang buat kan.....Tetiba je rasa nak try buat laksam. Semua ni gara gara terlihat laksam yang dibuat oleh Kak Azie dari blog AzieKitchen. Thanks for sharing the method and resepi how to do it. Terus teruja nak mencuba. Laksam ni memang my daughter and me punya favourite.


Hu ...hu ....at last menjadi jugak. Why I say the first and the last to do it sebab remeh terutamanya part nak membuat tepung laksam tu. Kuah nya Ok simple je.


Nilah dia proses yang sangat remeh bagi saya....bayangkan saya buat dari pukul 2 petang dan habis pada pukul 5 petamg.....Fuh...memang sangat penat dan keletihan dah lah dapur saya di waktu petang memanglah panas. Tapi walau apa pun saya bangga sebab berjaya jugak buat laksam ni tapi kejadiannya taklah secantik dan selicin yang jual kat kedai ya.


 

Adoi...abaikan rupanya....tak licin lah...he...he....tapi lepas dipotong/digunting tak nampak dah permukaan yang tak licin tu so its OK.


 

Bahan bahan sampingan........bawang besar + bunga kantan + kacang panjang + limau + daun kesum ...semuanya dihiris halus...



Wah ni lagi satu....sambal ....yang pada mulanya saya sangka tak menjadi tapi rupanya menjadi....he...he....saya guna blender kering tuk buat sambal ni.



 
Memang sedap laksam ni ......kuah pekat sebab ikan banyak......keesokan hari siap bawak bekal ke office lagi....Tulah untungnya kalau buat sendiri....muai hasilnya....Kalau beli kat kedai, satu bungkus dah RM3.50.


LAKSAM
Source : AzieKitchen

Bahan
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam ( 3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa )
1/2 sudu kecil garam

Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.
Gunakan kukusan. Letakkan tudun periuk pada kukusan. Sapukan minyak dan tuang adunan tadi tutup kukusan dan biar masak dalam 5 ke 10 minit. Lepas tu boleh digulung. Sila lihat photo di bawah.



Kuah
1 kg ikan - rebus, ambil isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air untuk tambahan - tengok samada pekat atau cair

Bahan Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika terlebih pekat  boleh masukkan sedikit air panas.

Ulam ulaman
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga Kantan
Kubis

Sambal
Cilipadi - saya guna cili hidup
Cuka
Garam
Gula

Kisar semua bahan di atas. Saya guna blender kering saja.






2 comments:

  1. Laksam ni memang sedap. Anne ni kira rajin lah mau cuba. Kak sampai ketua beli kat kedai ja. Segan nak cuba sebab proses nak buat tepung dia tu leceh sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak...kena kuat semangat jugak nak membuatnya. Proses tepung tu memang leceh. Kalau ada jual yang ready made can senang....kita tinggal masak kuah je....he...he....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...