Monday, April 7, 2014

Victoria Sandwich Kek.....amboi nama....

Nama kek ni memang grand kan....Victoria Sandwich.....sedap ke kek ni.....bila baca resepi ....bahannya simple basic ingredients je. Just give a try. Seperti biasa resepi ni dari Kak Rima Bisousatoi. Thanks for sharing.


Alamak terkeluar sikit fresh cream ni pulak. Kek ni senang nak buat , yang best tak perlu buat cream untuk coating kat luar tu. Saya ni memang tak berminat nak buat topping.....sebab guna butter yang banyak dan bila nak basuh mixing bowl tu memang lah leceh tul sebab berminyak minyak kan. Selalunya saya standby kan air panas and a good washing liquid.  



Hmm....ni rupa kat dalam tu.....ada banyak buah.....saya letak strawberries je.


Ni proses nak membuatnya , 2 biji kek dan disapu sedikit blueberries jam , dipaipkan fresh cream....wa lah.. Kek ni memang sangat senang nak buat sebab bahan bahan yang digunakan sukatan semuanya sama saja.


For the first time saya menggunakan vanilla stick yang saya beli di Bali. Memang sedap bau vanilla tu. Mula mula ada sedikit keraguan nak menggunakannya tapi nekad jugak. Nasib OK.



Simple kek but the taste memang sedap. Will do this again with lots of fruits.


Suka tengok ni cuma cik fresh cream tu terlebih pulak.


Sinmlpy delicious....I like.....


VICTORIA SANDWICH CAKE
Source : Bisousatoi

Bahan

250g unsalted butter - saya guna normal butter
250g gula kastor
250g self raising flour
250g telor atau 4 biji telor yang beratnya sama
1 sudu kecil vanilla extract
1/4 sudu garam - saya tak letak
2 sudu besar susu segar

Hiasan di atas kek - saya tak ikut cara Bisousatoi
strawberry jem
buah strawberry
fresh cream 250 g
ising sugar untuk sprinkle

Cara
-Panaskan oven.
-Satukan tepung dan self raising flour. Ketepikan.
-Masukkan butter dalam mixing bowl dengan gula kastor dan pukul sehingga ringan dan kembang.
-Masukkan telor sebiji demi sebiji. Letak vanilla extract.
-Letakkan tepung dan kaup balik menggunakan spatula.
-Masukkan susu segar tadi dengan secukupnya bagi mendapatkan adunan yang konsisten. Kalau pekat sangat boleh tambah sedikit lagi susu.
-Boleh tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dilenser dengan butter.
-Bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak.
-Bila kek masak, sejukkan atas redai.
-Pukul fresh cream sehingga kental. Sapukan strawbery jem dan selepas itu letak fresh cream atas kek dan  hias dengan hirisan buah strawberry. Letak lapisan kek kedua. Hias dengan buah strawberry dan sprinkle dengan ising sugar.















2 comments:

  1. Salam

    Victoria sandwich cake will always a perfect cake for tea la kak! Sambil minum petang kat laman penuh bunga ros. Oh indouh hidup ini hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes true Honey, perfect kek for tea.....sorry baru terperasan coment Honey ni....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...