Jalan jalan cari makan lagi. Kali ni try nasi dari negara Iran di Parsia Iranian Restaurant di Skudai , Johor (berdekatan dengan Jusco Skudai). Saya ni satu family memang suka sangat makan nasi arab berbanding dengan nasi beriani. Memang tak pernah makan kat sini sebenarnya sebelum ni. Saja nak mencuba.
Nice papan tanda.
Nilah nasi arabnya.......as for me boleh lah.
Pelik sikit sos dia ni tapi boleh lah makan.
Yang ni lamb shank.....rasa rempahnya agak kuat jugak tapi daging lembut.
Ni pulak salsa rasanya. Salad campur campur yang diperah dengan lemon.
Yang ni Loghmeh kebab .....kebab daging berselang seli dengan ayam......lembut jugak. I like this....sedap...
Hiasan dalaman restoran ni. Ramai orang Arab yang makan di sini. Owner restoran ni ialah Mr Amin berasal dari Iran. Di Johor ni ada 2 sahaja restoran Iran. Satu lagi restoran terletak berhadapan dengan restoran Parsi ni.
Ni di luar Restoran. Kat sebelah restoran ni ada kedai menjual barang barang makanan dari Arab.
Parsia Iranian Restoran
Address : 63-01, Jalan Pendidikan4,
Address : 63-01, Jalan Pendidikan4,
Taman Universiti, Johor
No comments:
Post a Comment