Thursday, February 23, 2012

Nutty Caramel Cake......sweet but yummy !!!!

Lagi satu hot selling cake in market now is this Nutty Caramel Cake. Cari punya cari, tak jumpa juga resepi sampai dapat this recipe from Paula Deen. Cuba jelah. Cuma texture kek ni kasar tak selembut nutty caramel cake yang ada di pasaran. Ada 3 step for this cake = cake + filling + frosting

Swiss Meringue Buttercream ni memang sedap ditambah pula dengan peanut butter. Tak muak. Its finger licking good.

Just come out from the fridge, texture nampak keras.

Roasted kacang tu menaikkan kesedapan kek ni dengan limpahan caramel. 

Sebelum dan selepas simbahan caramelnya. Caramel filling ni memang sedap macam rasa gula-gula toffee. Meleleh-leleh terliur.


Nutty Caramel Cake
Source : Paula Deen

Cake
1 cawan butter
2 cawan gula ( saya guna 1 1/2 cawan )
4 biji telor saiz besar
1 sudu kecil vanilla
3 cawang tepung naik sendiri ( saya guna 3 cawan tepung gandum + 4 sudu kecil baking powder )
1 cawan susu segar

Cara
- Pukul butter sampai kembang sedikit dan tambahkan gula. Pukul lagi selama 6 - 8 minit.
- Masukkan telor sebiji demi sebiji , dipukul selepas setiap kali meletakkan telor. Letakkan vanilla.
- Tepong dimasukkan berselang seli dengan susu. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan susu.
- Tuangkan ke dalam loyang 8 inci. Bakar selama 20 - 25 minit mengikut oven masing-masing.
- Setelah masak , sejukkan dan boleh mula membuat filling.

Filling
1 cawan butter
2 cawan brown sugar
1/4 cawan susu segar
1 sudu kecil vanilla

Cara
- Dalam periuk satukan butter + brown sugar + susu. Kacau selama 3 - 5 minit, sehingga gula larut. Setelah masak, alihkan dari dapur dan masukkan vanilla, kacau rata. 
- Ambil sebiji kek dan sapu filling di atasnya. Ulang step ini sehingga ke empat empat kek itu bercantum.

Frosting
1/2 cawan butter
1 cawan brown sugar
1/3 cup heavy cream
1 box or 16 ounce confectioners sugar
1 sudu kecil vanilla
1 cawan kacang - optional

Cara
- Cairkan butter di dalm periuk dengan api sederhana, masukkan brown sugar & heavy cream. Setelah mendidih sedikit tuangkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan confectioners sugar & vanilla. Pukul dengan mixer sampai rata. Boleh tambahkan heavy cream sedikit jika adunan terlalu pekat.

Saya tidak menggunakan resepi frosting di atas. Saya tukar kepada swiss meringue butter cream.

Swiss Meringue Buttercream
4 biji putih telor saiz besar
200g brown sugar
340g butter ( jangan cair )
2 sudu besar peanut butter (boleh lebihkan jika suka)

Cara
- Letak periuk secara double boil, masukkan putih telor + brown sugar , whisk sehingga gula larut. Apabila disentuh dengan jari tidak berbiji lagi. Api mesti kecil sahaja.
- Turunkan dari double boil , guna mixer pukul adunan tadi, setelah kembang masukkan butter sedikit demi sedikit. Pukul selama 5 minit sehingga adunan kental sedikit. Campurkan 2 sudu peanut butter. Kacau rata.



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...