Tuesday, February 7, 2012

Makan-makan di Lereh, Melaka


Cuti Chinese New Year, lepas ke KL, singgah Seremban dan yang terakhir Melaka. Lepas penat berjalan, singgah makan tengahari di warung yang terletak di Lereh. Kalau dari bandar Melaka, warung ni terletak di sebelah kanan selepas Sekolah Kebangsaan Lereh. Nampak banner yang besar di bawah ni, tulah warungnya. Makanan kat sini is very simple takdalah nasi campur.


Banner yang sangat besar, sure semua orang boleh nampak.

Nilah warungnya.

Antara menu yang ada di sini.

Coconut milk shake ni ok je tapi kat Caltex, Klebang Besar still the best.

 ABC ni menggoda.

Mee gorengnya sedap.

Kueh teow goreng simple. Satu benda yang banyak terdapat dalam hidangan ni ialah kerang.

Nasi lemak sedap tapi sambal tak mengancam.

Sate secucuk RM0.60, bolehlah tapi keras sikit untuk dagingnya.

Anyway enjoy eating. Mencuba untuk mencari kepuasan.

Lepas makan, acara seterusnya ke muzium kapal selam yang terletak di Pantaai Klebang. Nak masuk kena bayar RM1.00 seorang tapi boleh lihat bahagian luar sahaja. Belum siap sepenuhnya.


Memang besar dan panjang kapal selam ni.

Dulunya lautan pasir ni adalah laut tapi telah ditambak. Akhirnya sudah tidak ada pantai di Klebang Besar ni. Nak pergi ke hujung baru jumpa laut. Di sini memang sangat sesuai bermain layang-layang sebab kawasan lapang yang banyak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...