Tuesday, September 23, 2014

Ros keratan batang....tak menjadi...

Pokok ros memang banyak kat rumah ni tapi semuanya saya beli dah besar dalam 2 kaki tinggi. Teringin nak membiakkan pokok roses saya. Ada macam macam cara sebenarnya tapi tak pernah satu pun yang hidup.....sedih betul dibuatnya. Saya tak putus asa terus cuba dan mencuba sampai berjaya.


Saya ambil dahan yang telah habis berbunga. Potong buang yang atas dan ambil batang yang agak tegap. Potong menyerong dan tanam dalam pasu. Jangan siram air cuma renjis air sedikit kat tanah je.


Selepas tu saya cuba teknik menutupkan batang yang dicucuk tadi dengan cawan kertas.


Lagi satu saya tutup dengan plastik. Bila dah lama akan keluar wap so kita tak perlu siram air lagi.
  

Dahan ni halus pulak.....tak tau menjadi ke tidak. Cucuk je untung sabut timbul untung batu tenggelam.



Selepas di bukak plastik tu nampaklah dun hijau tunas mula keluar ....tapi sayang tak lama hayatnya sebab diserang kanker.....batang yang dibawah tu jadi hitam....Saya mesti cuba sampai berjaya setakat ni belum berhasil lagi......


8 comments:

  1. saya pernah tgk mat saleh cucuk batang ros dalam kentang kemudian baru kambus dengan tanah. mungkin untuk bekalkan potassium pada batang yang baru disemai. cubalah. tengok menjadi ke tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanie ibrahim, ya saya pun ada tengok tu tapi bleum cuba lagi. Pernah dengar ada yang pernah cuba hidup sekejap lepas tu mati.

      Delete
  2. Cuba buat keratan tut..kak biasa buat sekali dulu2 kala. Menjadi, hidup dan dihadiahkan kepada seorang kawan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Normala Saad, blum pernah cuba....akan saya cuba one day...rasanya tu lebih cepat hidup.

      Delete
  3. assalamualaikum puan. Saya tanam ros guna semaian keratan jer. Alhamdulillah, hidup. Tapi ada juga yang mati. Selalunya mati sebab terlebih air..tu yang batang nyer membusuk tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Kuazue, tulah....selalunya sebab faktor tanah yang basah menyebabkan keratan tu membusuk. Ada sekali dua je menjadi. Yang lain memang gone case.

      Delete
  4. Percubaan pertama sy menjadi.... sekrg ros tu sgt besar dan merimbun....... sy beli bunga di cameron ... lepas bunganye layu... sy ambk btgnye... dlm 20 btg la... main cucuk je dlm .pasu... hye 2 pokok yg berjaya hidup... kaler merah n putih.... yg merah br je mati... syg jugak sbb pokok dh besar....sbbnye mals siram.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thats good...menjadi jugak tanam dari batang......

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...