Tuesday, September 16, 2014

Cheese Bar yang simple.....

Cheese Bar resepi ni saya dapat dari Rahel.blogspot. Thank you for sharing. Resepinya memang sangat simple. Kebetulan in the fridge semua bahan ada tu yang memudahkan pekerjaan saya.


Menggunakan fresh blue berries. So rasanya ada sikit masam apatah lagi cheese tu pun rasanya masam so bertambah tambahlah masam....but its a nice snacks...



Leper je bar ni tak tebal.

Basenya saya guna biskut brang Hwa Tai...Duchess....murah je biskut ni.


Lihat photo ni macam nak ngap je.....


Diletakkan juga walnut ....so ada crunchy sikit di sebalik kemasaman.


Berderet deret gitu....

CHEESE BAR
Source : Rahel.blogspot.com
              Fabulous Cake Business (Alex Goh)

Biskut Base
160g cream cracker,crushed
80g butter~dicairkan
Filling:
A) 250g cream cheese
     50g gula
B) 30g keju cheddar~disagat
C) 1 biji telur
D) parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
     2 sudu besar jus lemon
     40g krim masam
E) 50g walnut cincang
Cara membuat:
1.Biskut base:alas Loyang 10x7x1 inci dengan aluminium foil.Satukan bahan2 dan masukkan
   ke dalam loyang.Tekan hingga mampat.Letak dalam peti sejuk selama 15 minit.
2.Filling:Pukul dengan kelajuan sedang bahan A sehingga licin.Berhenti,scrap tepi and
   bawah loyang.Tersukan pukul hingga rata.
3.Tambahkan bahan C dan pukul hingga licin.Tambahkan bahan D dan putar sebati.
   Berhenti,scrap tepi n bawah loyang.Tambahkan bahan E dan putar  hingga rata.
4.Tuang adunan ke dalam loyang berisi biskut base.Masukkan dalam oven &
   letak di rak tengah Bakar pada suhu 180'C selama 25 minit sehingga masak.
5.Biarkan kek sejuk.Tutup kek,simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau 1 malam.
6.Tanggalkan kek dari loyang.Potong bentuk bar.
Nota daripada Rahel Blogspot:
*krim masam Rahel gantikan dengan Anchor UHT whipping Cream
*pada yang tidak suka rasa masam,abaikan saja jus lemon itu
*bakar walnut sebentar dalam oven sebelum masuk dalam adunan.
*adunan ini Rahel bake pada suhu 165'C selama 30 minit.
*kek tak sempat masuk peti sejuk pun,Rahel biar selama 2 jam sahaja kemudian potong
  dan hidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...