Sunday, September 7, 2014

Swiss Meringue Macarons.........menjadi....

Macarons ni kegemaran the kids sebab maniskan but surprisingly saya yang tak suka manis ni pun terikut suka. Kali ni saya cuba resipi Kak Rima dari Bisousatoi, menggunakan teknik swis meringue....thanks for sharing Kak Rima. I call her Queen Macs coz she bakes thousands of macarons with nice color......sangat sangat cantik..... Your blog memang sumber inspirasi saya.....love to read your celoteh and the same time get to try your resepi....


Sangat bersyukur first time buat swiss meringue macarons ni outcomenya menjadi.....risau juga sebab macarons ni terkenal dengan pantang larangnya yang sangat banyak but ada jugak yang saya langgar.....he...he...mungkin sebab tu tak jadi kot.



Swiss meringue macarons ni caranya cam nombor satu tu guan cara double boiler untuk larutkan icing sugar dan white egg tu......yang lain sama je methodnya.....guna pewarna serbuk....buat dua warna pink and green but the green one ada cerita......tunggu next entry ya.......


If dapat adunan yang sebegini ........means its going tu menjadi......



 After bake.....top part and the lower part......kalau nampak the feet or kaki tu maknanya jadi lah macarons tu.....


 The filling saya letak Nutella je....senang.....
  

Betingket tingket.....memang seronok bila macarons ni menjadi....



Sayang my green color tak berapa menjadi.....
  

Kalau dah snap photo tu memanglah banyak.....semuanya nampak cantik dan semuanya saya nak letak kat sini......

 After a bite.....ni lah outcomenya......hmm....sedapnya walau manis......for me kenalah berjaga jaga just take one or two only....


 
These macarons simply awesome......



MACARONS - swiss meringue teknik
Source : Bisousatoi

Bahan
80 g putih telor ( at room temperature)
65 g gula kaster

80g badam kisar
140g aising sugar
1/2 sudu kecil lemon
pewarna serbuk

Filling Chocolate ganache
100g dark chocolate
50g whipping cream
or
Nutella - saya guna ni

Cara
- Ayak badam kisar dan aising sugar dan ketepikan.
- Satukan putih telor dan gula kaster dan dimasak menggunakan cara double boiler. Kacau sehingga gula larut dan boleh dipegang pada suhu sederhana ( 50-55 darjah ). Saya agak agak je.
- Masukkan putih telor tadi bersama lemon juice ke dalam mixer dan beat pada kadar medium ke high speed sehingga mendapat soft peak dan boleh dimasukkan serbuk pewarna.
- Pukul lagi sehingga putih telor sejuk sedikit dan kelihatan berkilat. ( medium peak but not dry )
-Masukkan bahan yang telah diayak tadi 4 bahagian dan kaup balik. Kalau kita masukkan semuanya sekali pun ok mengikut kata Kak Rima.
Jangan terlebih kaup balik/fold nanti adunan akan jadi cair berair. Adunan mestilah lebih pekat dari adunan kek.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag dan boleh pipe ke atas baking paper yang kita telah lukis kan bulatan sebesar duit syiling 50 sen . Saya guna mastrad baking sheet . Boleh klik SINI untuk lihat mastrad baking sheet.
- Selepas tu biarkan adunan yang telah dipaip tadi berehat selama 30 minit.
- Panaskan oven pada 150 darjah. Ikut kepanasan oven masing masing ya.
- Bakar selama 20 - 25 minit. Kak Rima bake for 12 minits.
- Setelah masak kopek macarons dah letak atas redai untuk disejukkan. Jika susah nak dikeluarkan dari baking sheet boleh spray sedikit air saja di bahagian belakang , biarkan beberapa minit dan tarik keluar macarons.

















2 comments:

  1. Salam Kak Anne,

    Ewah macaron dia! Geram ok..menjadi akak buat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kali ni alhamdullillah menjadi.....with this swiss meringue teknik...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...