Friday, April 11, 2014

Pai Daging...

Sebenar benarnya saya tak pernah buat pai daging. Intai intai blog Kak Fauziah Samad , terpandanglah resepi pai daging yang sangat menyelerakan. Tq for sharing Kak Fauziah. Rupanya simple je nak buat. Pernah beli kat bakery tapi saya sangat sakit hati sebab inti di dalamnya sangat sedikit dan harganya pula sangat mahal.


Inti pai daging saya ni agak basah sikit.....terlebih minyak......Kalau Kak Fauziah Samad punya agak kering sedikit. Pai daging ni saya buat seawal 5.30 pagi unuk sarapan.....nasib sempat. Bersilat jugak kat dapur waktu ni.
 
 

Bahan bahan yang diperlukan......bawang besar + lobak merah + bawang putih........saya membeli daging mince di pasaraya kerana suka dengan teksturnya. Daging cincang Ramly Burger banyak mengandungi lemak. Kalau Kak Fauziah, dia sangat rajin.....daging dibeli dan dikisar sendiri.

 

Saya menggunakan Puff Pastry jenama Kawan. Sangat senang dan mudah. Saya memang kurang berminat untuk mengguli tepung bagi dibuat doh pastri. Guna yang siap je senang....lagi pun nak cepat. Sediakan acuan pie yang pakai buang .......senang je tapi agak lembik sedikit. Kak Fauziah Samad membuat sendiri pastri dohnya. So sesiapa yang nak buat sendiri pastri boleh ke blog Kak Fauziah Samad untuk lihat resepi.


Pastri tu masukkan ke dalam acuan aluminium foil dan dibentukkan. Lepas tu boleh letak inti yang sudah dibuat awal.

 

Lepas tu tutup dengan satu lagi lapisan puff dan dicucuk dengan garfu diatasnya.

 

Kalau tak nak pakai aluminium foil boleh saja letak inti atas puff pastri dan dilipat dua. Lepas tu sapu dengan kuning telor.

 

Setelah dibakar dalam oven Butterfly selama 35 minit , 150 darjah dengan api atas bawah.......lain oven lain kaedahnya ya.  So kita kena tahu tahap kepanasan oven masing masing.
Bila selesai pembakaran. Bahagian bawah agak kurang masak sedikit tapi boleh dimakan.
 I love this puff pastry jenama Kawan memang tak pernah menghampakan saya. Naik gebus....dan masa membakarnya aroma yang keluar sangat wangi.......tak tahan nak makan.

 

PAI DAGING
Source : Fauziah Samad - dapurkakjee.com

Bahan

200 gm daging kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang carrot
½ biji bell pepper - saya tak letak
4 biji cendawan butang (dlm tin) - saya tak letak
1 kuib daging
2 sudu besar tepung
2 sudu butter
½ cawan minyak jagung
½ cawan air
2 sudu besar lada hitam - saya guna yang ready made punya
Puff pastry jenama Kawan - ada 10 keping

Cara

Bawang besar dan bawang putih didadu. Panaskan butter dalam kuali bersama minyak jagung. Apabila butter sudah cair masukkan bawang besar dan bawan putih. Goreng sehingga agak garing, masukkan tepung gandum dan goreng hingga keemas-emasan. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging kecut. Masukkan air dan beef kiub serta black pepper. Masak hingga air hampir kering. Kemudian masukkan cendawan, carrot dan bell pepper. Sejukkan.
Lepas tu letak puff pastri dalam acuan , letak inti dan tutup semula dengan pastri. Buat lubang menggunakan garfu. Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah selama 35 minit.
















2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...