Monday, March 31, 2014

Shopping di Singapore....

Jalan jalan kat Singapore ni pada bulan Dec'13. Nama je duk Johor dekat kan nak ke Singapore tapi bila memikirkan currency exchange dan traffic jam di kastam terus terbantut. Boleh dikira lah berapa kali je masuk Singapore ni. Kali ni jalan jalan sebab bawak my mom so memang kena pergi lah kan. My sister pun baru 1st time ke sini so kira rombongan Cik Kiah jugaklah.


First stop we all ke Arab Street, hai berapa kali pusing baru jumpa parking ....tu pun jauh jugak nak jalan. Kesian betul my mom kena jalan jauh but her spririt very strong. Kat Arab Street ni banyak kedai kain rupanya. Masuklah kedai Queen's Fabrics dan terpegun melihat kain kain lace yang sangat cantik.Sudah tentu Bandung lebih murah kalau sesiapa nak membeli kain lace. Di kedai ni harganya kalau diconvert lebih kurang kat Malaysia je cuma certain design belum ada. Kain yang dalam photo atas tu namanya Prada Lace.....memang cantik. Harga pun boleh tahan.


Yang ni kain cotton sulam timbul...memang cantik. Rambang mata tengok corak dan warna yang berbagai jenis.


Prada lace yang warna oren tu katanya dari Indon dan yang coklat bawah tu dari Korea kalau tak silap. Kualiti dan harga berbeza. Yang coklat tu memang cantik. Ragu ragu jugak nak buat baju dari prada lace ni sebab kita ni jenis berisi sikit.....so lupakanlah hajat tu. Kalau orang yang kurus tak de masalah pakai apa pun cantik. Bila Prada lace ni dah jadi baju not bad jugak .....cantik but not for me lah.



Ni depan kedai. Sales girl kat sini peramah tapi tak ingat nama kakak tu. Taukeh kedai ni ada 7 kedai kain kat Arab Street ni dan dia juga ada kedai money changer. So kalau tak cukup nak bayar dengan SGD dollar kedai ni boleh terima RM. Masa tu depa bagi exchange rate SGD1 = RM2.50.



Lepas dah shopping....tapi tak masuk semua kedai sebab dah dapat apa yang dicari. Next is lunch kat Restoran Zam Zam. Ramai orang makan kat sini. Full house. Restoran ni siap menyediakan drive thru lagi. To me nasi beriani dia biasa biasa je.


Ni yang menjadi kesukaan ramai but not me. The mertabak tu kering sangat.



Masjid Sultan di Singapura yang dibina pada tahun 1826. Merupakan sebuah masjid tertua dan terbesar yang mana boleh memuatkan 5000 orang.


Jalan jalan kat The Merlion, Singapore. Masa ni hujan mula turun rintik rintik tapi ramai pelancong kat sini.


Jalan jalan sekitar Singapore. Area  The Merlion dan Marina Bay shopping kompleks.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...