Thursday, November 8, 2012

Blended Pineapple Cup Cake

Intai- intai resepi ni kat blog azlita masam manis, hem....nampak senang je nak buat lagipun ada 1 tin pineapple yang belum dibuka. Tak tahu nak buat apa. Baik saya buat this blended pineapple cup cake.

Topping is fresh cream. Memang sedap dan tak manis.








Cup cake ni memang senang nak dibuat. Masuk semua sekali dalam blender kecuali tepung.





Jom minum petang bersama blended pineapple cup cake sambil menghirup secangkir teh panas.


Texture cup cake ni macam muffin sikit tapi sedap.


 

BLENDED PINEAPPLE CUP CAKE
Source : Azlita masam manis
               original from blended orange kek by Kak Fida

Bahan
6 keping nenas gelang dalam tin
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum - diayak
1 sb baking powder - diayak
1 sudu teh pes nenas

Cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali tepung dan baking powder. Kisar hingga halus
Tuangkan bahan yang di kisar tadi ke dalam bekas tepung dan baking powder yang telah di ayak. Campurkan sedikit-sedikit sambil dikacau sebati
Tuangkan ke dalam mangkuk kertas yang telah di susun dalam loyang muffin
bakar pada suhu 170 C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek masak


Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Saya gunakan topping di bawah je.
Topping
200ml fresh cream dipukul hingga kental. Bolehlah dipaipkan pada cup cake selepas kek sejuk.

3 comments:

  1. Wuu.nmpak mcm senang ja nak buat.bolehla try nnti ni..nenas pulak tu..mmg kegemaran. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...