Monday, November 19, 2012

Rainbow kek 3 layer je.....

Kek ni buat masa Raya Haji hari tu. Siapkan kek dan topping masuk piping beg dan decorate kat Melaka. Guna resepi rainbow kek tapi taklah colourfull cam rainbow tukar sikit warnanya. Buat 3 layer blue colour. Saja nak cepat.



I really love the blue colour combination.


Simple deco. This time a square cake.


3 blue layer rainbow cake.





Texture kek ni bila dibuat 3 layer rasanaya tidak sama dengan 8 layer. 3 layer kek jadi lebih moist. 8 layer kek kering sedikit sebab nipis.


Still love the blue colours.


Just pipe kan on top of the cake before menyapu rata swiss meringue butter cream.


Lovely collage.


RAINBOW CAKE
Source: Masam manis - Whisk Kid

226g butter (room temperature)
2 1/3 cawan gula (426 g)(saya letak 2 cawan sahaja)
5 biji putih telor, suhu bilik
2 sudu kecil vanilla
3 cawan tepung gandum (426g)
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan susu (355ml) - suamkan selama 30 saat di microwave untuk samakan pada suhu bilik
(saya suamkan sekejap atas dapur, agak-agak jangan terlalu panas)
Pewarna gel brand Wilton
Jangan gunakan pewarna cecair yang biasa kerana warnanya tidak terang

Cara
1-Pukul butter + gula sehingga kembang.
2-Masukkan putih telor sedikit demi sedikit. (Senang satukan ke 5 biji putih telor ke dalam mangkuk). Putar sampai semua bersatu. Masukkan vanilla.
3-Masukkan tepung (diayak bersama baking powder) berselang seli dengan susu. Kaup balikkan adunan.
4-Bahagi sama rata adunan dan masukkan ke dalam 3 bekas.
5-Letakkan pewarna gel ke dalam setiap satu mangkuk. Jangan takut untuk meletakkan pewarna. Warna adunan sebelum dibakar akan sama warna apabila selesai dimasak.
6-Alaskan dengan baking sheet dan tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar 8". Bakar selama 15 minit setiap satu.
7-Setelah masak keluar dan sejukkan. Masa ni perlu berhati-hati kerana kek sangat lembut dan senang pecah. 

Swiss Meringue Buttercream
Source: Hana - Wendy

120g telor putih ( 4 biji telor saiz bear )
200g gula castor
340g butter pada suhu bilik

1-Panaskan air dalam periuk. Satukan putih telor dan gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air tadi. Kawal kepanasan air agar tidak terlalu panas sekitar 65c sahaja. Kacau dengan whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 minit. Adunan akan kelihatan seperti krim.
2-Alihkan dari periuk panas tadi. Letakkan mangkuk panas tadi ke dalam mangkuk lain yang berisi air paip dan 3-5 ketul ais, jangan terlalu sejuk. ( Tapi saya tak ikut step ni, shortcut, terus pukul saja atas meja ). Pukul adunan lebih kurang 5 minit sehingga meringue kental dan berkilat.
3-Masukkan butter sesudu demi sesudu dan terus memutar hingga kental lebih kurang 6-10minit.






5 comments:

  1. Kek warna biru..memang cantik.nanti boley la dicyba.trima kasih.. :D

    ReplyDelete
  2. Cuba jangan tak cuba,guna pewarna brand wilton baru cantik warnanya....

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Tq kak, ni experiment saja cuba cuba warna ni...tak sangka menjadi combination warna..

      Delete
  4. nice cake..i follow u follow juge k..tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...