Ada banyak tauhu jepun dan green beans kat peti ais tapi tak tau nak masak apa, so masaklah ala-ala sayur campur ni. A simple dish je.
Green beans tu memang crunchy. Cari yang gemuk, jangan beli yang satu jenis lagi tu, nipis kurang sedap.
Bila dah dicampur-campur memang sedap.
GREEN BEANS WITH TAHU JEPUN
Bahan
1 packet tauhu jepun - dihiris dan salutkan tepung jagung dan digoreng.
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
udang
green beans
3 keping cendawan shitake
tepung jagung
1 sudu kecil sos tiram
air
garam
Cara
-Tumis bawang merah & putih yang telah ditumbuk. Letak sos tiram.
-Masukkan cendawan shitake & udang. Kacau rata.
-Masukkan air sedikit. Letak garam secukup rasa. Bila mendidih masukkan green beans , kaup balik dan masukkan tahu jepun yang telah digoreng tadi.
-Akhir sekali masukkan sedikit tepung jagung yang dicampur dengan sedikit air tapi jangan terlalu pekat. Didihkan sekejap dan boleh diangkat.Jangan terlalu lama jika tidak green beans tu tak crunchy.
No comments:
Post a Comment