Thursday, October 27, 2016

Kuih bakar daging berlauk so soft and sedap...

Dah lama tak buat kuih bakar daging ni.....favourite one whole family ni.....baru baru ni sempena birthday my hubby sempat buatkan kuih bakar daging ni. Selalu kalau beli kat gerai memang tak menepati citarasa ada je yang kurang...

His birthday cake...kuih bakar daging...


Saya guna acuan yang klasik ni...


Sedap rasa kuih daging berlauk ni....tekstur tepungnya pun lembut .


Dapatlah 3 biji kuih ni ...


Memang so lembut tekstur tepung tu....


Sekali ngap je...


Cutting it...Tq to Kak Azie Kitchen for the resepi....actually saya ni tak minat sangat buat kuih melayu sebab takut tak menjadi tapi dengan resepi dari blog Kak Azie ni bila saya buat selalu je menjadi....tu yang best....he..he....



KUIH BAKAR BERDAGING

Source : Azie Kitchen


Bahan
250g dagaing kisar/cincang
1 1/2 sudu rempah daging
1 biji bawang besar - didadu
garam secukup rasa
daun bawang
cili merah dihirs halus
1 sudu besar minyak


Cara
Daging dibersihkan dan dicincang sampai halus. Boleh juga guna daging batang pinang dan dipotong kecil kecil.
Panaskan satu sudu minyak dan tumis bawang yang telah didadu. Bila bawang dah kekuningan , masukkan rempah kari dan goreng sampai Wangi.
Masukkan daging dan masaklah sampai kering kemudian sejukkan.


Bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair / susu cair  / sudu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telor
Pukul telor sehingga kembang, masukkan santan dan air kacau rata.
Masukkan tepung dan kacau sebati. Kalau tak halus boleh masukkan ke dalam blender dan kisar sedikit demi sedikit sampai halus.
Letakkan sedikit sahaja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat sebab lauk daging tadi dab ada garam.


Cara
Panaskan oven pada suhu 160 C. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini boleh dapat 3 biji kuih bakar.
Letakkan acuan kuih bakar di atas dapur  dan bubug 1/2 sudu minyak sapi/marjerin dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan apir dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan.
Lepas 1 mnit, sudukan 1 sudu kecil lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan lahan. Mulakan di bahagian tengah dan kemudian di setiap lekuk acuan.
Akhir sekali , taburkan daun bawang dan cili merah. Bila Nampak dah garing pada bahagian tepi kuih, boleh masukkan ke dalam oven pada suhu 180 C menggunakan api atas sahaja ( jika ada) selama 15 - 20 minit. Saya guna api atas bawah.







 


 

 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...