Kerabu tak kira apa jenis memang one of my favourite dish. Mungkin disebabkan rasanya yang masam masam dik perahan limau tu yang buat saya menggemarinya. Lagi pun hidangan ni mudah disediakan and sangat berkhasiat sebab tak guna minyak.
Tengok je dah kecur air liur...he...he...
Antara bahan yang digunakan.
Saya campur soo hoon dalam kerabu ni. Nampak macam mee hoon kan..
Tak boleh tahan tengok udang yang dah dicelor ni....
KERABU UDANG SOO HOON
Source : Sweetiesaqi
Bahan
Udang 4 ekor yang telah dibuang kulit dan celor
soo hoon 1 paket kecil - celor
1 batang bunga kantan
cilipadi merah dan hijau
1 batang serai
1 batang kacang panjang
1 sudu besar nampla/sos ikan
1 biji limu nipis atau lebih
garam dan gula secukup rasa
Cara
Letak nampla, perahan limau , gula garam secukup rasa ( tapi garam jangn banyak sangat sebab sos nampla tu dah masin) . Gaul sebati semuanya
Bunga kantan + cilipadi merah & hijau + serai + kacang panjang = dihiris halus.
Masukkan bahan hirisan , udang dan soo hoon ke dalam sos yang dibuat awal tadi. Gaul rata.
Boleh hidangkan dengan nasi panas panas.
No comments:
Post a Comment