Tuesday, January 5, 2016

Popiah goreng...nyum..nyum...

Favourite saya dan anak anak is popiah. Yang pelik tu the kids tak berapa suka sayur tapi sayur dalam popiah ni boleh pulak the kids ni makan.
 
 

Tak sempat snap photo kat rumah.....atas meja office je snap.....tu yang bersepah pen sila abaikan ya...
 

Tuang /siram kuah di atas popiah...



Popiah ni anak dara saya yang buat sebenarnya....saya just cakap masuk apa nak potong apa.....maklumlah dia tengah rajin nak buat tu....popiah ni kena gulung ketat ketat baru lah tak banyak minyak bertakung kat dalam popiah tu...
 
 
 

Popiah Goreng
Source : Sweetiesaqi_kitchen
 
Bahan
1 biji sengkuang yang kecil - disagat
1 batang lobak - disagat
6 keping cendawan shitake - dipotong panjang panjang/ dadu
3 biji bawang putih
2 biji bawang merah kecil
2 sudu besar udang kering
1 sudu besar sos tiram
garam & gula secukupnya
kulit popiah secukupnya

Cara:
1-Tumis bawang merah + bawang putih + udang kering yang telah di tumbuk hingga naik aroma.
2-Masukkan lobak, agak agak dah lecur sikit baru masukkan sengkuang + cendawan.
3-Gaul rata sebati, masukkan sos tiram , garam & gula secukupnya.
4-Ambil kulit popiah dan letakkan inti yang telah siap dimasak. Balut inti dan lekatkan dengan air di hujungnya. Mesti gulung ketat ketat ya,
5-Panaskan minyak dan goreng secara deep fried.(minyak penuh).
6-Mesti dimakan panas-panas.

Kuah cili
3 sudu besar cili kering kisar
2 biji bawang putih ditumbuk halus
1 sudu besar air asam jawa ( saya guna apple cider)
air secukupnya
gula secukupnya

Cara
1-Letakkan cili + bawang putih + air asam jawa + air secukupnya.
2-Biar mendidih baru masukkan gula.
3-Ikutlah citarasa masing-masing, nak masam , pedas atau manis.
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...