Jumpa udang yang boleh tahan besar jugak kat pasar tani , 1 kg dalam RM34.00. Saya beli 12 ekor je murah sikit, lagi pun tak ramai yang nak makan. Tak pernah pun masak lemak letak cekur ni tapi pernah makan. Kebetulan ada sepasu pokok cekur pemberian dari mak Maria my officemate.
Yang hijau tu daun cekurlah...
Siapa tak pernah tengok pokok cekur...ni lah dia.....Pokoknya kecil je. Bau daun ni sedap.....racik racik buat ulam hmm....sedap tau.
Hah! yang kat bawah tu lah di panggil ubi cekur.....pokok ni senang je nak tanam dan cepat merebak....
Ni ubi yang dah dibersihkan untuk dimasak.....bau wangi .....sedap......tapi taklah bau sewangi roses ya....
Memang sedap bau cekur ni bila dimasak lemak.......tapi saya letak tak berapa banyak sebab cekur saya ni comel comel je so aroma dia ada kuarang sikitlah...
MASAK LEMAK UDANG DENGAN CEKUR
Bahan
12 ekor udang besar
10 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
1/2 inci kunyit hidup
5 biji ubi cekur atau ikut suka (seeloknya yang tua sikit)
1/2 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
gula dan garam secukupnya
5 helai daun cekur
Cara
-Tumbuk cilipadi, kunyit hidup dan ubi cekur hingga lumat.
-Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
-Letakkan santan cair diikuti dengan santan pekat.
-Didihkan dengan cara menimbuk. Erti kata lain, selalu kacau kuah tadi jangan sampai naik minyak atau santan tersebut pecah.
-Masukkan udang , garam dan gula secukup rasa.
-Last sekali baru masukkan daun cekur
No comments:
Post a Comment