Wednesday, June 24, 2015

Sour Cream Butter Cake......sedapnya

Asalnya saya bukan lah seorang penggemar butter cake tapi bila asyik terlihat positng butter cake di Instagram by all the famous bakers membuatkan saya teruja untuk mencuba. Butter cake mesti menggunakan pure butter baru sedap. Dulu saya selalu gunakan Buttercup je. Selepas menggunakan pure butter saya dah tak nak guna buttercup.
 
 
Saya suka letak sedikit dalam cup cake. Anak saya gemar makan kek yang panas je. Kalau dah sejuk langsung tak disentuhnya.
 
 

Butter cake ni agak crack but no problem ....normal lah tu. Saya memang suka buat kek yang simple. Nak salut menyalut guna buttercream memang saya kurang berminat. Leceh nak cuci sebab berminyak.
 
 

Kat fridge tak de sour cream so saya gantikan dengan yoghurt je pun boleh. Setiap kali lepas berbuka puasa ni lah dessert saya.....
 
 

Makan kek ni sambil minum secawan kopi atau teh memang the best.
 
 
 
SOUR CREAM BUTTER CAKE
 Source:Exclusivelyfood.com

Bahan
225g ( 1 1/2 cawan) self raising flour
75g ( 1/2 cawan) tepung gandum
150g butter suhu bilik
226g ( 1 cawan ) kastor sugar
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
3 biji telor size A
83g ( 1/3 cup ) sour cream at room temperature - saya guna yoghurt
166 ml ( 2/3 cup ) milk

Cara
Panaskan oven pada suhu 150 darjah ( ikut oven masing masing ya )
Sapukan butter pada loyang bulat size 20 cm diameter yang telah diletakkan baking paper. Saya guna loyang seperti photo di atas.
Satukan self raising flour, tepung gandum dalam mangkuk dan asingkan.
Dalam mixer masukkan butter, gula dan vanilla. Pukul pada low speed.
Naikkan speed ke medium selepas gula bersatu. Berhentikan mixer dan scrap tepi dengan spatula supaya semuanya dapat dipukul dengan sekata. Putar mixer sehingga adunan menjadi creamy selama 5 minutes.
Masukkan telor sebiji demi sebiji pada kelajuan medium. Masukkan sour cream dan pukul selama 10 saat. Berhentikan mixer dan kaup /scrap adunan yang ditepi tepi dengan spatula. Pukul lagi sebentar bagi sekata.
Masukkan tepung diselang selikan dengan susu tadi. Jangan over beat nanti adunan akan menjadi keras. Masukkan adunan yang telah disiapkan ke dalam loyang tadi.
Kalau loyang bulat bakar lama sikit dalam 1 jam atau sehingga kek masak.
Loyang hitam yang saya guna di atas, cuma perlu mas setengah jam saja unuk dimasak.












 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...