Tuesday, August 7, 2012

Si Ulat Bulu nak jadi rama - rama.....

Masa tengah melihat-lihat daun pokok bunga ros ternampaklah satu benda macam kapas putih terselit di bawah daun. Oh! Rupanya si ulat bulu nak jadi rama-rama. Hai! Nilah perosak nombor satu daun pokok bunga ros saya selepas belalang. Sekarang ni memang tengah musim mengawan agaknya , banyak betul ulat bulu di sekitar rumah saya. Apa lagi start tu spray air bawang putih bersama cili padilah.


Seronoknya dia terselit kat bawh daun tu.



Ni pandangan dari atas. Macam anak kelawar pulak bentuknya ya.


Terjumpa yang ni kat my Queen Zubaidah roses. Best je dia duduk kat situ. Geli pun ya tengok ni. Berbiji-biji macam telor ikan lah pulak. Rasanya ni baru nak jadi ulat bulu kot.



Nilah dia si ulat bulu di balik daun dalam istananya yang tersendiri.




Betapa gebunya dia.


Lepas tu saya lenyek-lenyek ini ulat bulu. Kalau tidak nanti habis semua daun pokok bunga ros saya togel dimakannya. Geram sungguh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...