Thursday, May 2, 2013

Carrot Cake...nyum...nyum....

Dah lama sungguh tak buat carrot cake ni tetiba mengidam nak makan. Bahan semua ada so apa lagi baking lah. Kali ni resepi, saya gunakan butter dan bukan minyak jagung seperti biasa. Saja nak cuba kalau guna butter macam mana rasa dan teksturnya.

Deco biasa biasa je. Tak berapa pandai sangat tapi bolehlah. Sesedap mata memandang.


Hem...terliur tak.......very rich.....saja letak lebih lebih dalam tu.....walnut + kismis + chocolate chip + carrot....sayang lupa beli pineapple cube tu yang ganti kismis. Guna butter a bit dry maybe.....lagi satu sebab walnut tu saya terpotong kasar tu yang bila potong kek ni jadi lagi berderai  but the taste tetap marvellous.


Tak jadi jadi roses saya ni. Bolehlah kan. Mungkin salah nozzle.


Suka tengok photo ni.


Hu...Hu...Yum...yum...sedap


Semestinya ada carrot cup cake.


Suku untuk Azlina Yatim sempena birthday dia, dapatlah merasa. Thanks to resepi dari blog resepiibunda, sangat simple cara membuatnya. Hope you all boleh cuba ya.



CARROT WALNUT CAKE
SOURCE : Resepiibunda

Bahan A
250g butter
300g castor sugar

Bahan B
1 sudu kecil esen vanilla
5 biji telor gred B

Bahan C
340g tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Bahan D
150g kacang walnut, dipanggang dan dicincang
150g pineapple cube didadu - saya tak letak. saya gantikan dengan kismis.
350g carrot diparut dan perah airnya ( 3 biji )
100g chocolate chips

Untuk Cream
250g cream cheese
100g butter
80g gula icing

Cara
-Pukul bahan A sehingga creamy. Perlahan-lahan masukkan bahan B.
-Masukkan bahan C dan masukkan bahan D. Gaul rata.
-Masukkan adunan ke dalam luang 9 inci atau dulang empat segi saiz 10inci kali 7 inci.
-Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150 darjah dan masak selama 50 minit atau sehingga kek masak. Bila kek masak sejukkan.

Untuk cream
Pukul semua bahan sekali sehingga kembang dan ringan. Boleh sapu atas kek setelah kek sejuk.










2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...