Monday, May 13, 2013

Jangan segan segan .....guna je.................H20


Pokok ros senang diserang berbagai perosak. Yang paling famous thrips dan redmites. Thrips ni susah nak lihat dengan mata kasar kita. Tiba tiba je kita tengok kudup roses kita dah tak cantik. Warna bertukar menjadi coklat. Itu tandanya telah diserang thrips. Redmites tu biasa ada kat daun. Kalau nampak macam berkarat bawah daun tu sah sahlah dah kena attack dengan redmites. Biasany redmites dan black spot(BS), kita spraykan racun 3 serangkai( 3S ). Berkesan.


Setakat ni bagi saya , inilah ubat yang paling mujarab untuk melawan thrips. H20 je tapi pastikan yang WATERBASE ya, kalau yang lagi sat tu sah sah kojol pokok. Saya biasa guna brand ni je, brand lain pun boleh. Beli ni bukan nak spray halau nyamuk tapi untuk my lovely roses.


Senang je caranya.....spray je kat kudup yang belum kembang lagi. Nampak je dah berkudup terus sembur jangan tunggu lagi ya. Biasanya spray setiap hari selama 2 hari......Kalau lambat nanti cik thrips attack. Kalau rajin nak spray hari hari pun boleh tak da masalah.


Ni terlebih spray. Dah macam diliputi salji....tapi jangan takut ianya tidak akan memudaratkan kudup roses tu.


Kalau tak bersnow ia akan kelihatan berminyak sikit.....tak pa.....boleh je....janji kudup tu di selimuti dengan semburan H20.

Hasil selepas semburan H20 beberapa hari.......Kudup yang bersih dan cantik......kalau tak de warna coklat kat tepi tepi tu makna selamat lah kudup ros ni.


Maka akan terhasil lah roses yang sangat suci dari dinoda oleh cik thrips. Nilah my lovely Queen of Sweeden.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...