Tuesday, October 30, 2012

Tauhu Sumedang.........sedap

Tahu sumedang ni memang one of my favourite. Biasanya beli je yang siap digoreng kat pasar tani. RM2.00 untuk 5 keping tahu + sambal kicap. Kalau nak goreng sendiri pun boleh. Selalunya malas nak goreng sendiri sebab memerlukan banyak minyak dan proses menggorengnya sangat lama. Tapi sekali sekala goreng juga.

Ada 24 keping tahu dalam ni dengan harga RM7.00 satu tupperware.


Ni rupa bentuknya sebelum digoreng. Tahu direndam denga bawang putih + garam dan lain-lain bahan. Tahu ni kaya dengan protin sebab dibuat dari kacang soya.


Pandangan dari dekat. Saiz tak besar, comel je.


Bila dah digoreng , jadilah cam ni. Mesti goreng sampai kulit luar coklat sikit.Kalau boleh gelap sikit dari yang ni baru crunchy tapi sebab tak sabar nak makan angkat je dari kuali.


Mesti dimakan bersama sambal kicap yang dibuat sendiri atau sos ready madelah. Sos tu mesti sedap kalua tak sedap memang tak da feel makan. Makan panas-panas , pedas-pedas......memang sedap. Kalau beli ready made selalunya cepat sejuk.

4 comments:

  1. Salam, tumpang tanya. Di mana u beli yg belum goreng punya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli di pasar tani Pasir Gudang, Johor.

      Delete
  2. sy dh lama teringin nk makan tauhu sumedang ni. biasa makan kt bandung.. boleh x u tlg beli utk i & poskan :D

    ReplyDelete
  3. salam sis.. jual lagi ke skrg..
    ad delivery x ke bandar jb

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...