Lama dah teringin nak makan daging masak kicap ni, tapi malas sungguh nak merebus daging kan. Nak mengempukkannya memakan masa yang sangat lama. Sekarang tidak lagi, sejak ada pressure cooker butterfly yang saya dapat masa company dinner kat Mersing tu, kerja memasak daging ni jadi sangat mudah. Rebus je daging dalam pressure cooker sekejap je dah masak atau empuk.
Masak kicap ni kering sikit tak berkuah sangat.
Letak kentang + kacang peas hijau.
Dapatlah sepinggan. The kids suka daging masak kicap ni.
DAGING MASAK KICAP SIMPLE
Bahan
semangkuk kecil daging yang dah direbus
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil merah
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 cawan air rebusan daging
1 keping kulit kayu manis
2 biji kentang yang telah dipotong dan digoreng
1/2 cawan kacang peas hijau
1 biji bawang besar dihiris
sedikit daun sup dan bawang untuk hiasan
Cara
- Tumis bawang putih dan bawang besar yang telah ditumbuk /blend besama dengan kulit kayu manis.
- Garing masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat. Kacau sebati. Letakkan garam + gula secukup rasa.
- Masukkan daging dan kacau rata, letakkan air rebusan daging masak hingga daging lembut lagi.
- Bila kuah agak kering masukkan kentang goreng + bawang besar hiris + kacang peas hijau. Kaup balik sebentar dah siap.
- Hiaskan dengan cili merah potong dan daun bawang dan saderi.
Air tangan kak Anne mesti sedap..tak yah rasa,tgk gambar je dh tau..hehee!
ReplyDeleteHe...he....air tangan biasa je, Cikda, untuk sendiri makan bolehlah.....
Delete