Hari Jumaat ni 26/10/12 , semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. So di kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Yang balik kampung tu berhati - hati di jalanraya. Kali ni saya balik kampung baik bas je.
Habis cerita nak balik kampung cuti-cuti ni. Kita layan ros magenta kampung saya ni yang baunya memang harum dan banyak lapis. Saya ada 3 pasu pokok bunga ros ni. Tak perasan dah ada sepasu boleh beli lagi 2 pokok. Bunga yang wangi biasanya tak tahan lama.
Photo ni diambil dengan menggunakan camera LUMIX.
Cantik. Menanam roses adalah terapi minda saya. Sangat seronok bila melihat banyak putik yang mekar. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan.
Yang ni diambil dengan camera NIKON compact. Warna terang benderang.
Berbezakan, Photo dari LUMIX sebelah kiri dan dari NIKON sebelah kanan. Hasil dari LUMIX , kita boleh lihat dengan jelas texture kelopaknya satu prsatu tetapi dari segi warna agak malap. NIKON menghasilkan gambar dengan warna yang sangat terang tetapi texture kelopak tak berapa jelas.
Kiri LUMIX dan kanan NIKON.
Tanam dalam pasu sederhana besar.
Ni bukan gambar yang diedit ya. Tak sempat nak edit mengedit. Yang terang hasil dari NIKON dan gelap sikit tu dari LUMIX.
selamathariraya iduladha...cantik sungguh ros ni..menjadi je bunganya ya..
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha juga, ros magenta ni memang cantik. alhamdulilah rajin b
Deleteerbunga.
assalamualaikum puan, bila balik kg, macam mana dgn bunga ros puan? aper kaedah puan guna bg mmastikan pokok bunga puan mdpt air yg cukup. mohon perkongsian dr puan. tq
ReplyDeleteRubiah, kalau balik kampung lama , saya mintak tolong jiran atau harapkan hujan saja. Ada teknik untuk siram pokok bila kita tiada di rumah, boleh ke blog tanah rendah sekebun mawar(belah kanan bahagian bawah blog saya ada...just klik kat situ). Boleh juga isi air dalam palastik bag yang diikat kedap dan cucukkan jarum buat lubang kecil supaya air boleh mengalir sikit sikit....tapi saya tak pernah buat.
ReplyDelete