Apa itu scale? Sebenarnya saya pun baru tahu yang scale ni adalah sejenis serangga yang sangat halus yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar. Scale senang hinggap pada batang roses yang lembap dan di tempat terlindung. Sebab tu roses mesti diletakkan pada cahaya matahari selama 4 ke 6 jam setiap hari.
Ni scale yang telah merosakkan pokok ros saya......yang teruk saya dah potong buang. Batang yang lain saya cuba selamatkan dengan meggunakan ros care. Ambil ros care yang pekat dan dengan menggunakan berus gigi gosok pada batang yang ada scale tu. Kalau rajin boleh kikis scale tu.
Nilah bahan utamanya.....ros care + berus gigi....boleh klik SINI, untuk lihat ros care yang boleh di beli dari Rohai Bee di FB.
Hasil gosokan pada batang yang terkena scale.....batang kelihatan hijau......yang coklat coklat tu dah terkopek....tertanggal......Selepas ni akan tumbuh tunas baru.....tu yang seronok.
Yang ni pulak....lepas saya potong dan berus dengan ros care tetiba keluar satu batang hijau yang sangat sihat. Saya cuba je.......tetiba menjadi......
Thank you for sharing. Baru nak mula balik dengan rose ni. Dah berbelas tahun tinggal. Masa zaman kak buat collection dulu zaman bunga ros mini tengah top. Sekitar pertengahan 90an.
ReplyDeleteSama sama kak, tu lah ros ni nak penjagaan yang teliti tu yang leceh sikit tapi bila tendgok mereka ni berbunga terubat lah sedikit kepenatan tu.
Deletesaya pon kena scale ni...penat lah , banyak dah pokok ros saya kena serang...calar balar tangan ni haa. nk berus punya pasal. nak tanya, awak potong dahan dia bagi pendek ye, baru berus?
ReplyDeleteGuna sarung tangan baru tak calar...dulu saya pun tak guna ...sekarang baru guna sarung tangan ni. Saya sapu dulu ros care tak ptong dahan tu tapi kalau rasa dahan tu dah teruk kena scale...potong buang baru sapu kat bawah dia.
DeleteSaya ada cuba satu cara guna handsanitizer pun boleh hilang scale tu. letak hand snaitizer kat wipes or tissue lepas tu lap...scale tu akan hilang....trylah