Bread butter Puding sememangnya my favourite......bila dimakan dengan kastard tu hmm...hm..memang best tak terkata. Nak buat pun senang je tak susah. Rupanay entri ni dah duk dalam draft setahun lamanya...he...he....baru sekarang nak menjengah....he...he.....
This time round letak buah peach dalam tin dan strawbery as hiasan.
Bila dah masak pudding ni mengembang sikit......I think because of the egg rasanya.
Bila dituangkan kastard ......memanglah sedap tak tekata. Ditambah dengan rasa masam masam strawbery dan buah peach.
Oh my dah drooling ni nampak lelehan kastard tu....
BREAD BUTTER PUDDING
Sumber: Annaqawina, Chef Asma, Ita Rohaya Homemade Bakery
Bahan A
10 keping roti - saya guna roti perancis yang panjang keras tu
100gbutter - terlalu banyak. guna agak agak je
100g kismis - lebih pun tak pe
buah peach dalam tin - saya letak
serbuk kulit kayu mans sedikit
Bahan B
Filling Kastard
500ml fresh milk
100g gula kastor
5biji telor gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara
Sapu loyang dengan butter dan letakkan roti Perancis tadi.
Boleh sapu dengan butter juga.
Taburkan kismis dan serbuk kulit kayu manis.
Lepas tu boleh tuangkan filling Bahan B.
Letak butter pada lapisan atas dan biarkan adunan sebentar sehingga lembut.
Bakar pada suhu 150 darjah, ikut oven masing masing.
Cara buat filling
Campurkan semua bahan
Tuang ke atas roti dan biarkan ia lembut.
Vanila sos
Bahan C
500ml fresh milk
100g gula kastor
1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan D
20g tepung kastard
125ml air masak
Cara
Panaskan bahan C sehingga mendidih.
Bancuhkan bahan D dan campurkan ke dalam bahan A.
Masak sehingga pekat. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air atau fresh milk sedikit.
Hidangkan pudding dan curah dengan vanilla sos. Kalau makan begitu saje kurang sedap so vanilla sos is a must.
Salam Kak Anne,
ReplyDeleteSelamat hari raya! Macam mana raya kali ni? Kat kampung saya dah tak meriah. Mungkin kanak-kanak nya dah besar. Orang surau pun takde singgah tahun ni. :(
Walaikumsalam Honey,
DeleteSelamat Hari Raya.....Raya tahun ni biasa je.....tak sempat beraya lama kat kampung sebab dah kena kerja that friday. Potong steam betul. Kampung saya masih meriah lagi ...malam ada takbir raya, pagi raya buat tahlil and sanak saudara datang...fun jugalah tapi penat..he...he..