Sunday, August 3, 2014

Steamed Yam kek lagi....

Saya memang sangat menggemari steamed yam kek ni. Kalau saya ke restoran Sedap Corner saya mesti beli kuih ni. Tak susah pun nak buat yam kek ni. Kebetulan ada beli keladi kat pasar tani so dapatlah seloyang kuih ni.

Kalau kita buat sendiri , bahagian atas tu kita boleh letak lebih sikit baru sedap makan. Atas tu ialah udang kering , daun sup dan cili merah. Yam kek ni sedap dimakan bersama dengan sos Thai.


 
Buat dalam loyang kecil je kali ni....

Dah terbau aroma gorengan bawang dan udang kering....



Kali ni saya letak lebih sedikit keladi. Keladi tu saya rebus kan sedikit supaya cepat masak bila dikukus.


KUIH KELADI / YAM CAKE
Source : resepicitarasawan.blogspot.com
Main    : Diana@Melly Sky blue's kitchen, Sue@Nanie Syurie.blogspot.com

Bahan A
170g tepung beras
40g tepung ubi
500 ml air
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu kecil serbuk 5 spices - tak letak
1/2 sud kecil serbuk stik ayam atau cukup rasa Maggi

Bahan B
300g keladi - dipotong dadu kecil
50g udang kering, rendam dan toskan - saya letak lebih dari ni
4 sudu besar minyak masak

Bahan hiasan
Bawang goreng - saya buat sendiri lebih sedap aromanya
1 biji cili merah cincang / hiris
Daun sup

Cara
- Satukan bahan A, gaul rata dan ketepikan.
- Goreng keladi sehingga sedikit keperangan. Angkat dan toskan.
-Menggunakan minyak yang sama , goreng udang kering yang ditumbuk sedikit sehingga perang. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit sahaja.
-Masukkan bahan A (bancuhan tepung) dan masak hingga naik wap. Tutup api dan masukkan keladi dan udang kering, gaul rata dan tuangkan dalam loyang 8". Loyang mesti dilenserkan dengan sedikit minyak.
-Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit.
-Biarkan sejuk dan taburkan dengan bahan hiasan.
-Hidangkan bersama sos cili Thai.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...