Thursday, December 18, 2014

Copper ....mencegah lebih baik...


Musim musim hujan ni memang sangat menakutkan......semua pokok roses akan senang diserang BS atau Blackspot. Daun daun akan cepat menjadi kuning. Kalau tak dibuang daun daun kuning tu boleh merebak dengan cepat antara satu sama lain.
 
 

Copper ni saya beli dari Kak Rohani Bee di FB. Copper ni fungsinya untuk mencegah daun roses dari terkena BS/ Blackspot. Selain dari copper , boleh gunakan Darconil. Boleh klik SINI untuk lihat darconil.
 
 

 Daun daun kuning ni yg dinamakan blackspot.Memang sangat sakit hati. Kena cepat cepat petik dan buang jauh jauh. Sebelum ke office setiap pagi saya akan spent 10 minit untuk buang daun daun kuning dan selepas balik kerja saya akan petik lagi daun daun kuning jika ada yang baru muncul. Memantau lebih baik dari daun daun tu berjangkit.


Campurkan 2 sudu (seperti di atas ya ) dengan 1 liter air dan spray kepada daun daun pokok roses 2 atau 3 hari sekali. Kita kena rajin perhatikan daun daun roses kita. Jika tiada masalah sangat tak perlu spray kerap sangat.
 
 


Copper ni serbuknya warna biru.

 
Bila dicampur dengan air ...bertukar menjadi warna biru...baik baik jangan terminum ya...bahaya.
 
 

Memang geram kalau begini...rasa nak buang semua daun. Saya selalu elak membeli roses yang berdaun kecil kerana jika terkena BS seperti di atas memang sangat menyusahkan....biasanya goyang satu pokok dan daun kuning akan berguguran.
 
 

Tanpa serangan blackspot daun cantik menghijau. Pucuk muda pun banyak. Seronok tengok daun hijau cam ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...