Sunday, December 14, 2014

Carrot Cake....my favourite...

Lama sungguh saya tak update blog ni....disebabkan sibuk sesangat....banyak perkara yang berlaku kebelakangan ni.....Alhamdullilah I am back....hope I can sustain....... Yang kat bawah ni semua dah berkurun duk dalam draft baru ni nak keluarkan....
 
Saya memang suka makan carrot cake.....tapi nak buat tu ada sikit malas...he...he....Kalau teringin baru saya rajin nak buat....as usual lah kan....
 
 
This time round I like my deco.....selalu I buat the cream cheese frosting akan jadi cair but this one so good....
 
 

8 inch cake with simple deco......2 layers...
 

 
This time round I put pineapple cubes and kelapa kering......resepi kali ni saya cuba Azlita masam manis punya...melihatkan kek yang dibuat oleh beliau sangat cantik menyebabkan saya nak mencuba......ni first time buat carrot cake letak kelapa kering dalam tin.



 Cream cheese frosting ni memang sesuai sangat dengan carrot cake ni. Cuba letak choc ganache memang tak kena.
 
 


The inside of the cake......moist juga.
 

Love the cream...
 
 


The pineapple cube tu nak terkeluar pulak....




A piece of carrot cake memang tak menjemukan... 




With the purple flower its so outstanding....he,,,he....


A piece for me at office.....shoot using LUMIX.....thats why the color looks different a bit.

 
 
CARROT CAKE
Source : Azlita masam manis
 
Bahan
200g tepung gandum/tepung kek }
1/2 sudu besar soda bikarbonat    } Kesemua ni disatukan dan diayak.
1/2 sudu teh serbuk kayu manis   }
 
250g lobak merah diparut halus dan diperah air - Timbang selepas air diperah untuk dapatkan 250g.
150g nanas dalam tin (pineapple cube) - Air jangan buang. Nanas dipotong kecil, perah air untuk
                                                                 dapatkan 150g berat.
100g almond nibs  - panggang selama 5 minit dalam oven (saya tak guna ni )
40g kelapa kering dalam tin
80ml jus nanas dalam tin
240g gula halus
180g minyak jagung
 2 biji telor saiz A

Cara
Pukul telor dan gula sehingga kembang.
Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana.
Masukkan campuran tepung yang telah diayak dan dikaup balik.
Di dalam bekas lain , satukan lobak merah, nanas, almond dan kelapa kering. Gaul sebati.
Lepas tu masukkan campuran lobak merah + nanas + almond dan kelapa keing tadi dan dikaup balik sebati. Tambahkan jus nanas dan kaup balik lagi.
Sediakan loyang 8 " yang telah dilapik dengan kertas pembakar dan disapu sedikit butter pada loyang. Tuangkan adunan
Bakar adunan di dalam oven pada suhu 170C , oven mesti dipanaskan terlebih dulu selama 15 minit.(Untuk oven saya suhu 150C, panaskan selama 10 minit dulu - lain oven lain kepanasannya ya)
Bakar kek selama 1 1/2 jam. 
Bila dah masak, biar sebentar dalam loyang dan kemudian diterbalikkan atas redai.

Cream Cheese
150g cream cheese(philadelphia / tatura)
30 g mentega tanpa garam
60g gula ising
1 sd teh esen vanilla
1 sd teh lemon paste - saya tak letak
Cheddar cheese untuk hiasan - diparut halus - saya tak letak

Cara
Pukul cream cheese dan gula ising sehingga kembang.
Letak mentega + vanilla + pes lemon.
Pukul adunan sebati
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...