Monday, July 1, 2013

Enzim for roses...........

Baca kat FB, macam macam lah penggemar roses ni letak pada roses supaya pokoknya membesar sihat dan mengeluarkan daun dan bunga yang besar. Resepi ni saya dapat dari Sis Linda Wong kat FB. Tapi lamanya nak menunggu .....memakan masa 3 bulan utuk diperap.....pejam celik dah siap. So kena buat bayak botol sikit. Habis yang ni boleh guna lagi satu.


Antara bahan yang diperlukan. Kulit limau + brown sugar + yakult + air. Kalau ada kulit nenas dan kulit labu pun boleh dicampurkan sekali. Bagi menambah pertumbuhan mikrob.


Kulit limau yang telah dicampurkan semua bahan berserta dengan air. Nampak cantikkan warnanya. Masa raya cina hari tu ada banyak limau so isi kita makan dan kulit kita buat enzim lah.


Setelah 2 bulan diperam. Air dah bertukar warna menjadi coklat.


Dah 3 bulan, warna semakin keruh...lepas ni bolehlah di gunakan untuk menyiram dan spray pokok roses. Kena tambahkan sedikit air.

Ni ialah kulit  limau yang tidak hancur di dalam balang so saya blendkan, tambah sedikit air  dan siram pada tanah pokok roses. Jangan buang semuanya berguna. Roses ni memang suka pada benda benda yang diperam dan berbau ni. Sesiapa yang nak mencuba boleh ikut resepi di bawah.

SELAMAT MENCUBA

 


RESEPI ENZIM

3 mangkuk kulit limau ( boleh campurkan kulit labu + nenas )
1 botol yakult
3 mangkuk brown sugar
10 mangkuk air

-Satukan semua bahan dalam balang dan perap selama 3 bulan. Senang je kan.
-Lepas 3 bulan boleh campur sedikit air dan siram pada pokok roses. Boleh juga spray pada daunnya.








2 comments:

  1. Salam kak.
    Terjah blog akk ni sbb nk tgok enzim bunga ros. Tkasih bg link di blog sy hr tu.
    Lamanya nak buat enzim ni.. mau terlupa kalau saya ni. Hehe.. mak saya guna garam epsom+ gula, bancuh dlm air dan buat jirus kat pgkal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Aida, baru ternampak post ni. Memang lama nak buat ni. Akak pun guna epson salt memang sangat bagus

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...