Ahad 26/5/13, seawal 8.30 pagi terus dah bertolak ke Tanah Lot di bahagian selatan pulau. Jauh juga tempat ni. The kids enjoy tengok LCD. Apa ada di Tanah Lot.......kuil dan pantainya lah.....memang tempat yang wajib untuk singgah jika ke Bali. Very nice view.
Pintu gerbang nak masuk ke Tanah Lot. Mana mana tempat nak pergi kat Bali ni semua ada entrance fee so sediakan je lah ongkosnya ya. Kat sini tiket masuk dan parking pun di kenakan.
Memang banyak patung kat sini sebab majoriti penduduk Bali menganut agama Hindu.
Pintu gerbang nak masuk ke kuil yang famous di atas laut tu.
Very nice, photo ni. Masa kami sampai pagi tu ombak memang sangat kuat so tak de can lah nak berjalan kaki ke kuil tu.
Betapa kuat ombaknya.
Macam lukisan pun ada juga photo ni. Memang sangat cantik.
Lagi satu spot yang famous kat sini. Lubang tu......
Ombak memang tersangat kuat.
Nice view.
Di kiri dan kanan nak ke pintu masuk Tanah Lot ada dijual cenderamata. Pilih je kedai yang mana. Souvenior kat sini harganya murah sedikit dari tempat lain.
Saya singgah di sini. T-shirt Bali banyak yang cantik di sini dan banyak size yang besar. Selesa kat dalam ni sebab aircond.
Makan tengahari di Rindu Rasa, makanan Padang di Jimbaran. Kalau dah namanya lauk padang memang banyaklah yang dihantar tapi tak semestinya dimakan. Lebih baik kita pilih apa yang kita nak makan daripada pelayan tu membawa kesemua lauk pauk. Pengsan nak pilih. Lagi satu lauk yang dihidang tu pantang dicuit kalau terusik sikit pun dah kena bayar. Membazirkan....
Pilih punya pilih , tapis punya tapis ......masih banyak lauk yang terhidang......tak habis makan pun....lauk yang best dendeng daging berlado, yang unik gulai kulit lembu....sedap juga. Semua ni harganya Rupiah210,000.00 = RM65.00.
Lepas makan nak ke Turtle Island di area Jimbaran juga. Turtle Island ni kalau tak pergi pun tak apa sebab ianya ialah sebuah mini zoo. Nak ke pulau ni kena sewa satu bot. Mahal gila. Kami kena RP500,000.00=RM157.00. Kalau kongsi dengan orang lain mungkin murahlah sikit. Bot tak boleh berhenti di tepi betul betul so kami kena meredah air laut jalan ke pantai. Masa nak balik hujan turun sewaktu kami dalam bot. Habis basah.
Ni turtle yang dah tua. Usianya memang sangat sangat tua. Di pulau ni turtle di jaga oleh ahli sukarelawan. Nak masuk ke sini kena entrance fee RP = RM. Disiini juga mereka meminta derma berapa ikhlas bagi membiayai projek menyelamatkan penyu ni.
Yang dipegang tu anak turtle. Comel je. Asyik nemgepak je kaki dia tu.
Ada juga burung helang dan lagi satu tu tak ingat burung apa. Anak turtle diletakkan dalam kolam.
Pokok ni sangat unik bagi saya.
Sepatutnya lepas ke turtle island kami nak pegi melihat Kecak Dance di Uluwatu tapi hajat kami tak kesampaian sebab hujan sangat lebat dan jem nak ke arah Uluwatu tu. Kami sampai separuh jalan je di situ dan terpaksa berpatah balik. Kalau hujan memang tak boleh nak tengok Kecak Dance ni sebab persembahan dibuat di luar bukan dalam bangunan(outdoor stage). Akhirnya kami melencong pergi shopping di factory outlet yang ada di sini iaitu The Sports Warehouse dan Bali Brasco. Kebetulan The Sports Warehouse tu tengah ada sale dan memang sangat murah harganya. T-shirt Reebok hanya RM25.00. Bali Brasco tu tak lah besar mana, 2 tingkat je. Branded T-shirt kat situ pun murah.
Ai si comel ni sempat pulak melaram....sibuk nak spek hitam. Kedai pakaian kanak -kanak di Discovery Mall ni memang saya sangat suka tapi harganya lah pulak yang terlalu mahal....Cuci mata je lah.
So malam tu dinner Pizza Hut lagi di Discovery Mall, Kuta. Pizz Hut kat Bali ni halal tu yang asyik duk makan pizza je. Kali ni spaghetti cabornara yang sangat sedap dan bread butter pudding.......best......Menu Pizza Hut di Bali ni memang sangat banyak dan berlainan dari Malaysia. Kalau boleh nak try semua. Satu lagi tempat yang kami tak pergi ialah Bedugul, Ulun Dhanu lake temple, tempat ni jauh letaknya di utara pulau, nak kesana memakan masa dalam 2 jam 1/2 juga lah kalau tak silap saya. Tempat ni pun nak pergi mesti sampai sebelum petang. Katanya tempat ni sangat sejuk dan nyaman. Tak pelah kalau ada rezeki next time ke Bali bolehlah singgah di sini......tapi tak taulah bila ya.
No comments:
Post a Comment