Hari Isnin 27/5/13, tak ke mana-mana. So kami decide jalan-jalan area Kuta, Bali saja. Shopping time he...he...apa lagi. Tempat yang kami pergi semuanya walking distance je dari hotel.
So pagi tu dah keluar jalan kaki ke Discovery Mall. Photo di atas terletak di kiri dan kanan jalan nak ke Discovery Mall yang hanya memgambil masa 10 minit saja dari Kuta Station Hotel & Spa. Art Market tu terletak di hadapan hotel kami. Cenderamata di situ mahal sedikit saja tapi kedainya besar. Ada bernacam-macam barangan kat situ. Bali Garden tu adalah resort dan Waterbom Park tu ialah theme park air.
No 1 & 2 adalah pandangan hadapan Discovery Mall manakala no 3 & 4 ialah di bahagian belakang. Pantai kat sini cantik sikit dan ombak memang kuat.
Kat Discovery Mall ni ada Batik Keris, SOGO & Centro. Kebetulan Batik Keris ada offer 50% ......tapi kain batik kat sini memang mahal .......kedai ni memang besar dan macam macam ada.
Centro ni pun not bad.
Ni BaliZen yang ada di tingkat atas Centro, Discovery Mall. Saya paling suka tempat ni kerana hiasan dalaman yang dijual. Memang sangat cantik.
Love the colours combination.
Awesome.....terkesima sekejap...
Sangat suka kan nya.
Isi perut dulu dah lapar ni kat 77 Es Teler, Juara Indonesia, boleh tahan makanan kat sini tapi ayam penyet tu kurang menarik sikit. Teh tarik pun ada kat sini tu yang best.
Es teller tulah yang belah kanan....best juga...ada nangka, avocado + air batu kisar......
Lorong ni betul betul depan Kuta Station hotel, seberang jalan dah boleh terus ke pantai.
Tadi kita ke sebelah kiri hotel , ni kita jalan ke sebelah kanan hotel pulak menuju ke Pantai Kuta. Sepanjang jalan ada banyak kedai untuk disinggah mencuci mata.
Pantai Kuta ni biasa saja tak delah lawa mana.
Tu yang mat mat salleh suka sangat kat sini........
Tahu tak apa ni. Ni upacara pengebumian orang yang dah mati rupanya.
Ni Kuta Square. Banyak kedai lat sini. Matahari shopping kompleks pun kat belah kanan tu.
Hasil tangkapan hari tu. Balinese chocolate tu tak sedaplah......Cadbury is still the best....
Hallo Ibu Anne, good info bagi yang suka shopping dan wisata kuliner :)
ReplyDeleteNumpang info untuk travelers yang akan ke Bali, kami menyediakan penginapan murah yang berupa sewa private villa dengan kolam renang, bisa dipakai ramai-ramai dan harga terjangkau, pilihan yang tepat untuk group keluarga yang membawa anak-anak, kumpulan seleksi villa dapat dilihat di web ini http://villamurahbali.com
Antar jemput di airport dan sewa mobil di Bali bisa kita bantu juga.