Wednesday, July 17, 2013

Kuta Station Hotel & Spa , Bali

Di Bali memang terdapat banyak sangat hotel. Cuma harus memilih nak yang mewah, sederhana atau biasa saja. Hotel yang menyediakan makanan halal tidak banyak. Anda boleh goggle untuk mencari hotel halal. Hotel ni saya pilih kerana suka akan landscape yang photonya diletakkan di web site. Memang cantik. Sesungguhnya photo yang di web site tu memang semuanya cantik tapi bila kita sampai barulah tahu....cantik ke ?

Perjalanan dari airport Bali ke Kuta Station Hotel & Spa ini mengambil masa 15 minit saja. Memang sangat dekat. Bila kami sampai terperanjat juga melihat bahagian depan hotel ni. Tempat parking pun tak de. Boleh muat 4 kereta je kat depan tu.


Nilah reception hotel ni. 


 
Pandangan memanjang.

Welcome drink.

Sign board.


Sebaik kaki melangkah ke dalam.......wah...nilah landscape yang cantik tu.

Swimming pool yang sangat panjang. Hotel ni hanya 2 tingkat saja. Di Bali tidak dibenarkan membina bangunan lebih dari 5 tingkat kalau tak salah saya.

Swimming pool kecil for the kids. Betul betul depan bilik kami swimming pool ni. The kids apa lagi memang sangat seronok.

Bilik kami jenis family room. Sangat luas memanjang sebab ada 1 queen bed + 2 super single bed. Family room ni letaknya di hujung sekali. Setiap malam di bahagian depan hotel ada persembahan band so agak bising, nasib baik bilik kami di hujung so tak dengar sangatlah bunyi bising tu.

The toileteries and the toilet. Tempat shower ada problem sikit, air bertakung dah panggil suruh betulkan pun masih tak ok.

Kami tak sempat nak survey spa di luar so kami ke spa yang ada di hotel saja, namanya Jalanidi Spa. A very simple spa.


Cantik lukisan sawah padi yang menghijau.

Ni package yang ditawarkan, Ayu Bagus Treatment. Kalau tengok harga memang pengsan juga tapi sebab kami penginap hotel so we got discount at 50%. Jadinya spa hanyalah RP493,000 = RM154.00 untuk 2 orang ya selama 2 jam. Memang murah. Kalau kat Malaysia mana nak dapatkan. So kalau ke Bali perkara wajib yang mesti dibuat ialah ke spa. Kalau rajin boleh cari di sekitar luar hotel yang harganya lebih murah. Kena rajin surveylah ya. Saya tak larat nak jalan  survey survey ni. Kaki sakit......Katanya area Legian ada banyak spa.....walking distance dari Kuta...tak jauh sebenarnya.

Suka sangat tengok bunga cempaka kuning ni.
Pokok pokok yang terdapat di sini. Towel yang dibentuk ular.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...